ALHAMDULILLAH DAN SYUKUR...
Sempena Hari Guru Kebangsaan yang berlangsung di Negeri Sembilan, saya telah diberikan peluang oleh Kementerian pelajaran Malaysia dilatik sebagai salah seorang ahli panel Majlis Forum dan Dialog Penglibatan PIBG, Komuniti dan Swasta Di dalam pendidikan yang berlangsung di Ballroom, Kompleks Belia Paroi , pada 14 Mei 2013.
Peluang ini diberikan untuk berkongsi pengalaman bersama pihak kementerian, PIBG, pengetua , Guru Besar dan seluruh warga pendidik mengenai SARANA iaitu penglibatan ibubapa di dalam pendiidikan sekolah. Di dalam dialog ini saya membentangkan tajuk berkaitan 'Strategi Perlaksanaan Sarana Di Sekolah: Pengalaman SMKTTJ".
Turut sama di dalam majlis ini sebagai ahli panel adalah Dr. Abdul Hadi, YDP SMK Tuanku bainun, Ipoh, mewakili PIBG dan Dato Siva, mantan Presiden NUTP sebagai mewakili NGO. Sementara itu narator program adalah tuan Hj. Zainuddin, Pengarah Bahagian Sukan KPM.
Tetamu istimewa pada hari tersebut adalah Dato Dr Khir Mohd. Yusof, Timbalan ZKetua Pengarah KPPM.
Sebelum sessi dialog berlangsung, satu sessi perbincangan dan penyelarasan telah diadakan di bawah seliaan Pn. Asiah , Tim Pengarah bahagian Pengurusan sekolah KPPM bersama ahli panel yang lain untuk menyelaraskan tajuk dan isi perbincangan.
Secara khususnya pihak SMKTTJ akan lebih menumpukan kepada strategi perlaksanaan SARANA Ibu Bapa di sekolah. Kita cuba membincangkan dan menjelaskan bagaimana SARANA ibubapa ini dapat dilaksanakan dengan jayanya di sini , langkah-langkah perlaksanaan dan aktiviti serta peringkat perlaksanaannya.
Perkara ini perlu ditekankan kerana hasil daripada sessi penerangan yang disampaikan di Melaka pada 16 April 2013 yang lalu, saya dapati hampir semua sekolah tidak melaksanakan SARANA ibubapa ini. Terdapat kekeliruan yang nyata tentang konssep SARANA dan peranan PIBG . mereka juga banyak bertanyakan persoalan tentang bagaimana nak memulakannya.
Rata-rata para hadirin yang datang melahirkan kekaguman akan perklaksanaan SARANA di SMK TTJ . SMKTTJ sebenarnya telah menjadi sesuah sekolah yang menjadi benchmark akan perlaksanaan SARANA ibubapa ini di negara ini. Tahniah, SMKTTJ terutamanya ibubapa yang menyahut seruan sekolah untuk membuktikan kehebatan sekolah kita ini.
Di dalam pembentangan ini saya juga menekankan akan isu yang sering menjadi perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua pengurusan sekolah, ibubapa , PIBG dan masyarakat. Antaranya ialah:
1. Keterbukaan Sekolah:
Prinsip keterbukaan sekolah terutamanya pihak pengurusan sekolah mestilah adalah di dalam menerima pandangan, idea dan keputusan ibubapa untuk kebaikan bersama. Sekolah mestilah membuang ego dan sikap serba tahu, serba pandai dan serba hebat di samping melihat pula ibubapa atau komuniti ini sebagai ancaman kepada pengurusan sekolah. Sebaliknya sekolah mesti bekerjasama dan melihat bahawa banyak kebaikan yang boleh diambil atau digarap daripada masyarakat/ ibubapa untuk kebaikan sekolah. Saya seringkali menekankan akan berprinsip bahawa setiap orang yang datang untuk membantu perlulah dialu-alukan dan jika diibaratkan sekolah sebagai rumah, maka setiap ibubapa yang datang adalah membawa rezeki kepada sekolah untuk menjadi cemerlang. Maka itu, perlulah ada perubahan persepsi dan sentiasa bersangka baik terhadap ibubapa.
2. Keterbukaan masyarakat dan perubahan mindset baru ibubapa dan masyarakat:
Ibubapa terutamanya hendaklah sentiasa memikirkan tentang apakah yang mampu mereka sumbangkan dan bantu sekolah pada setiap peluang yang ada atau ketika hadir ke sekolah. Mereka tidak boleh lagi beranggapan bahawa sekolah ini sebagai tempat mereka meluahkan rasa tidak puashati, rasa marah dan komplen sahaja , sebaliknya hendaklah menjadikan sekolah sebagai tempat mereka menyumbang bakti, masa , wang ringgit untuk kemajuan bersama. Semua ibubapa mestilah sentiasa memikirkan apakah yang mereka boleh bantu dan sumbangkan kepada sekolah . Kerana sekolah tidak akan berkembang maju jika pihak sekolah dan ibubapa sentiasa bercakaran dan salin menyalah. Untuk mencari salah amat mudah. Untuk pihak ibubapa mencari 100 kesalahan sekolah amat mudah dan vbegitu jugalah untuk mencari 200 kesalahan ibubapa juga amat mudah.
3. Komitmen dan tolak ansur:
Komitmen dan tolak ansur semua pihak sama ada ibubapa , sekolah, guru-guru dan para pelajar perlu ada. Perlaksanaan SARANA secara berkesan hanya berjaya jika masing-masing sanggup mengorbankan kepentingan peribadi semata-mata untuk memastikan kejayaan anak-anak. Masa , kelapangan dan penat bukan lagi penghalang kepada kejayaan program ini. Minat, kesedaran akan kebaikannya dan peluang untuk kita berbakti dan menyumbang sesuatu demi melihat kejayaan anak-anak dan murid-murid adalah keutamaan yang menafikankan segala isu di atas. Jangan mencari helah atau sibuk mempersoalkan tentang "tanggungjawab siapa", tetapi sebaliknya menganggap ia adalah tugas kita bersama. Gagal atau berjaya , adalah tanggungjawab kita bersama. maka, pilihlah sama ada kita ingin dikenali sebagai orang yang berjaya atau orang yang gagal.
Alhamdulillah...di SMKTTJ hampir semua ramuan tersebut ada dan diadun dengan begitu baik. Inilah keistimewaan dan perkara luar biasa yang wujud di kalangan ibu bapa . Sesuatu yang di luar jangkaan sebelumnya.
No comments:
Post a Comment