SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Tuesday, May 28, 2013

SEMINAR DIGITAL EDUCATION ASIA SHOW- HILTON HOTEL 27-28 MEI 2013

 ALHAMDULILLAH... peluang yang diperolehi apabila dipilih sebagai peserta seminar ini , Seminar ini amar menarik dengan pembentangan kertaskerja dan perkongsian kejayaan di dalam perlaksanaan  dan penggunaan ICT terutamanya yang berkaiatan dengan penggunaan aplikasi digital di dalam bidang pendidikan.
 Seminar ini memberikan peluang kita melihat segala inovasi dan aplikasi penggunaan teknologi di dalam bidang pendidikan di dalam pelbagai peringkat . Kehadiran pembentangan kertas kerja daripada merata dunia memberikan pengalaman dan maklumat terkini tentang penggunaan ICT  ini. Selasin pembentang kertas ]kerja, ucaputama, forum, terdapat juga pameran perkakasan digital terkini yang dipamerkan di ruang pameran.
 Seminar ini ternyata amat baik dan berguna di dalam membuka minda kita terutama para pentadbir sekolah untuk bertindak sebagai penggerak kepada penggunaan aplikasi digital ini dan juga kepada para guru yang menjadi penggerak kdan pelaksana penting yang dapat memberi kesan kepada para pelajar. t
 Ternyata di dalam dunia serba canggih ini kita tidak dapat lari daripada penggunaan alatan dan aplikasi digital ini  di dalam kehidupan dan perndidikan. Kita sebagai pendidik tidak boleh lagi mengelak diri daripada menggunakan alatan ini di dalam pengajaran dan pembelajaran kerana para pelajar kita sudah terdedah dengan dunia ICT dengan hebat


. Seperti kata Mark Prensky, pelajar ini adalah pelajar yang telah lahir dan telah terdedah di dalam dunia ICT sebagai native user dan kita sebagai generasi yang lahir di luar daripada dunia ICT ( immigrant) tidak harus ketinggalan dan terpaksa mempelajarinya dan menggunakannya supaya para pelajar kita tidak kerugian disebabkan kekurangan dan kelemahan kita di dalam ICT.

Ternyata seminar ini amat berguna untuk membuka mata kita akan keperluan kita sebagai pendidik untuk selari dengan perkembangan dunia ICT semasa dan supaya guru tetap relevan dan setara dengan pengetahuan dan pengalaman serta kemahiran ICT yang ada pada anak didik kita.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...