SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Tuesday, May 28, 2013

USAHANITA, N. SEMBILAN-TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN

Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada USAHANITA negeri Sembilan di atas keperihatainan dan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap  setiap aktiviti sekolah ini.

Sempernaa dengan Sabutan Hari Guru POeringkat Kebangsaan dan bagi memberikan sokongan terhadap perlaksanaan Program SARANA Sekolah dan SARANA IBUBAPA, pihak USAHANITA bersama   Ahli Jawatankuasanya yang diketuai oleh Datin Khalijah dan beberapa orang Ahli Jawatankuasanya telah hadir memberikan sokongan di gerai SARANA yang dikendalikan oleh SMKTTJ.

Keperihatinan mereka ini terbukti jelas dengan kesediaan mereka hadir bagi menyambut para tetamu dan pengunjung pameran terutamanya YAB Menteri Besar Negeri Sembilan serta pegawai tertinggi Kementerian PelajaranMalaysia pada hari  Pelancaran  Hari Guru peringkat Kebangsaan di Kompleks  Belia Paroi. WALAUPUN MEREKA HANYA DIBERTAHU DALAM MASA YANG SINGKAT, NAMUN MEREKA TETAP HADIR.  KEPERIHATINAN MEREKA AMAT-AMAT DISANJUNG TINGGI

Kehadiran mereka ini secara tidak langsung telah melengkapkan sebahagian daripada elemen penting di dalam SARANA iaitu penglibatan komuniti, agensi swasta dan badan-badan lain.


USAHANITA sebenarnya telahpun menjalin kerjasama dan hubungan yang cukup baik dengan SMKTTJ sejak dari tahun lalu, terutamanya melalui program Pembudayaan Al-Quran dan Tadarus Perdana 2012. Melalui program ini , pihak USAHANITA telah membantu mendapatkan sumbangan Al-Quran  iaitu sebanyak 1000 naskah dan juga sumbangan bagi anak-anak yatim dan pelajar miskin bagi menyuambut hari raya aidil fitri pada tahun lepas. Selain daripada itu pihak USAHANITA juga telah turut memeriahkan majlis Iftar Jamaie dan solat Tarawih Perdana pada malam tersebut sehingga tamat.

USAHANITA juga telah bersetuju untuk menjalin hubungan terus dengan pihak sekolah terutamanya dengan menerima para pelajar kita untuk menjalani latihan di premis milik ahli-ahli mereka terutamanya bagi pelajar MPV Solekan dan Dandanan. Melalui hubungan ini diharapkan agar para pelajar SMKTTJ , mempunyai networking yang baik bagi membantu mereka meneroka bidang perniagaan dan bagi tujuan latihan mereka.

Sehingga kina , pihak sekolah juga telahpun memulakan perbincangan untuk mengadakan program bersama dengan USAHANITA bagi tujuan pendedahan kepada para pelajar dan mewujudkan rangkaian / networking di dalam usaha membantu kecemerlangan sekolah.  Kesungghuhana dan keikhlasan USAHANITA di dalam membantu sekolah amat-amat dihargai dan sesuatu yang menjadi pendorong kepada warga sekolah untuk meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah.

TERIMA KASIH USAHANITA...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...