Cadangan pembinaan astaka ini akan dilakukan secara berperingkat-peringkat iaitu :
2. peringkat 2: Menyediakan bumbung astaka
3. Peringkat 3: Menyediakan kemudahan asas seperti bilik persalinan dan stor.
Pihak sekolah juga telah mendapatkan kerjasama Encik Zahari , seorang kontraktor yang telah sanggup menjadi penasihat pembangunan bagi projek ini secara percuma. Ini juga merupakan sebahagian daripada elemen penglibatan swasta dan komuniti di dalam SARANA tersebut.
Pembinaan ASTAKA SARANA SMKTTJ ini yang panjangnya sekitar 40 kali daan keluasannya adalah sekitar 15 kaki.
Diharapkan semua pihak agar dapat menghulurkan bantuan dan sumbangan bagi menjayakan projek ini.
Pembinaan ASTAKA SARANA SMKTTJ ini diharapkan akan menjadi pemangkin kepada pencapaian yang tinggi di dalam penglibtan para pelajar di dalam aktiviti sukan sekolah dan seterusnya melonjakkan kecemerlangan sekolah di dalam penyertaan dan pertandingan acara-acara sukan yang dipewrtandingkan di setiap peringkat.
Pada masa ini SMKTTJ sudah mula mengorak langkah mencipta kejayaan yang cemerlang di dalam bidang sukan. Antara kejayaan yang dicapat adalah :
1. Kejuaraan bowling di peringkat negeri
2. Tinju Remaja Perempuan (layak ke Sukan SEA )
3. Badminton Sirkit Kebangsaan
4. Akuatik peringkat Negeri Sembilan dan Kebangsaan
5. Kejuaraan Silambam - peringkat ASEAN
6. Bolasepak lelaki dan remaja perempuan.
Diharapkan denga kewujudan Astaka ini akan dapat memajukan lagi sukan di sekolah ini dan menjadi mercu tanda kesungguhan dan komitmen tinggi setiap warga sekolah, ibubapa , komuniti dan swasta di dalam membantu kecemerlangan para pelajar sekolah ini...
No comments:
Post a Comment