

hal ini turut menarik perhatian Puan Asiah , Timbalan Pengerah Bahagian Sekolah yang merupakan pengerusi program SARANA peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia yang tertarik dan berhasrat untuk melihat sendiri secara lebih dekat dan nyata akan perlaksanaannya di SMKTTJ.

lawatan mereka berdua pada petang itu telah membawa mereka ke semua kelas yang terlibat dan mereka juga sempat merakamkan keindahan kelas-kelas yang dilawati melalui telefon dan kamera mereka . Sambil itu, pihak sekolah juga telah menyediakan seorang pelajar krew Lensa untuk merakamkan program lawatan tesebut dan gambar-gambar itu kemudiannya dikongsikan bersama Dr. Hayati untuk dijadikan bukti sah perlaksanaan program SARANA di sekolah.
Ternyata ia merupakan pengalaman pertama kali mereka melihat kejayaan penglibatan ibubapa di dalam SARANA yang selama ini mungkin tidak pernah mereka lihat dan bayangkan. Semua urusan menceriakan bilik-bilik kelas ini dilakukan sendiri oleh para ibubapa, bersama pelajar termasuklah kos, urusan mengecat, membeli peralatan , merancang tema , pilihan warna dan penyediaan bahan pengajaran di dalam kelas berkenaa
Sessi lawatan juga telah sempat berkunjung ke bilik MPV dan Balai Konfrensi sekolah yang serba canggih.

Rata-ratanya mereka melahirkan rasa kagum dan terkejut kerana sekolah kita telah berjaya melaksanakan SARANA dalam tempoh masa yang sangat singkat iaitu kira-kira 3 bulan sahaja. Suatu lagi kekaguman mereka ialah berkaitan penglibatan ibubapa dan komitmen mereka yang cukup luar biasa di dalam melaksanakan program ini.
Pihak sekolah berharap juga agar pihak kementeria membantu sekolah di dalam menyebarluaskan program ini ke serata negara agar setiap sekolah di negara ini dapat melaksanakannya dengan jayanya.
persoalan-persoalan yang sering menjadi pertanyaan ialah ," Bagaimana pihak sekolah dapat menarik penglibatan ibubapa ke sekolah dalam menjayakan SARANA ini?"


Perkara yang kedua ialah komitmen dan kesungguhan sekolah untuk bersama mereka. kerjasama antara sekolah dan ibubapa akan menyedarkan ibubapa bahawa mereka juga ada tanggungjawab dan pihak sekolah tidak dilihat bertujuan untuk mempergunakan mereka sebaliknya untuk bersama-sama mereka .

![]() |

Seperti kata seorang pelajar Mohd. shafik daripada Kelas 2UM, " SARANA bukan sahaja menyebabkan saya seronok belajar di dalam suasana kelas yang cantik dan selesa , tetapi saya juga semakin fokus di dalam pelajaran". Moga-moga usaha yang hebat dan ikhlas daripada iibubapa ini akan menjadi asbab kepada kejayaan anak-anak mereka di dalam pelajaran dan melonjakkan nama sekolah setaraf sekoalh-sekolah ternama yang lain...InsyaAllah....
No comments:
Post a Comment