SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Thursday, March 29, 2012

SMK TTJ - CEMERLANG LAGI DALAM SPM











ALHAMDULILLAH.....keputusan SPM 2011 yang lalu, sekali lagi membawa keceriaan kepada wajah seluruh warga pendidik di sekolah ini dan juga para pelajar serta ibu bapa yang terlibat. Kegembiraan mula terjelma apabila pengumuman rasmi keputusan peperiksaann sekolah diumumkan oleh Tuan Pengetua pdi ruang legar pelajar pada jam 12 tengahari. Serentak dengan itu, para pelajar dan semua yang hadir bertepuk tangan menandakan kegembiraan.

Pada tahun ini , peningkatan GPS daripada 5.7 kepada 5.5, manakala jumlah pelajar yang mendapat straight A's adalah seramau 2 orang. Pelajar terbaik ialah Mohd. Hanafi Bin Mohd. Husin (9A+ , 1 A), serta Siti Nur Najiha binti mad Tajudin ( 2 A+ 5A, 3A-). peningkatan juga berlaku kepada peratus semua lulus iaitu daripada 52.2% kepada 56%. Sebanyak 13 mata pelajaran mencatatkan peningkatan peratus lulus dengan 10 mata pelajaran mencatat kelulusan 100%. Peningkatan juga dicatatkan di dalam peratusan atau bilangan pencapaian A di dalam mata pelajaran serta penurunan bilangan gagal yang besar di dalam setiap mata pelajaran.

Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga sekolah yang terlibat khususnya para guru yang berhempas pulas membimbing anak-anak ini demiu kejayaan mereka. Kepuasan di dalam mencatatkan kejayaan ini adalah pengubat kepada penat lelah mereka selama ini. Insya Allah, kita doakan juga agar pada tahun ini kita akan bertambah berjaya lagi.

Kejayaan ini membuktikan sekali lagi usaha dan keyakinan serta doa kita menjadi senjata utama kejayaan kita. Kita jangan lupa pertolongan Allah melalui solat dan bacaan Al-Quran yang dilakukan setiap masa memainkan peranan besar. Mudah-mudahan dengan solat zohor berjemaah sebagai tambahan pada tahun ini , akan menguatkan lagi azam kita untuk yakin dengan kekuasaan Allah dan meningkatkan usaha kita untuk berjaya.

Bagi para calon SPM dan PMR pada tahun ini, bersedialah menghadapi peperiksaan ini dengan ilmu yang cukup dan keyakinan yang penuh. Fokus kepada kejayaan dan cita-cita untuk meningkatkan mutu diri masing-masing di dalam pelajaran. Gunakan segala peluang terbuka di depan mata demi kejayaan. InsyaAllah, para guru sedia membantu dan membimbing ke arah kejayaan..

Kepada pelajar yang berjaya, syabas! diucapkan..teruskan kecemerlang anda di institusi pengajian tinggi yang seterusnya di samping mengharumkan nama SMKTTJ...Kepada yang kurang berjaya, dunia belum kiamat...usaha lagi..muhasabah diri , bangkit daripada kegagalan dan buktikan kita ada maruah untuk berjaya...

Kepada para guru...TERIMA KASIH CIKGU...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...