SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Thursday, April 5, 2012
MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE 11-SMKTTJ, 31 MAC 2012
Alhamdulillah, Mesyuarat Agong PIBG kali ke 11 SMKTTJ, relah selamat disempurnakan pada 31 Mac 2012 , hari Sabtu yang lalu di perkarangan Ruang Legar Umum dan dirasmikan oleh YB Dato Abd. Samad Ibrahim, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan.
Kehadiran ibubapa juga amat memuaskan, walaupun program kita bertembung dengan program di SK Taman Tuanku Jaafar 2 yang terletak bersebelahan dengan sekolah ini. Pada kali ini juga , majlis kita hanyalah berupa mesyuarat agong sahaja tanpa melibatkan program lain seperti tahun sebelumnya. Ini adalah bertujuan untuk mempercepatkan program mesyuarat ini berlangsung dan untuk memberikan tumpuan yang lebih kepada Hari Kualiti dan Anugerah Kecemerlangan yang bakal dilangsungkan pada bulan September nanti.
Mesyuarat Agong pada kali ini memperlihatkan pertukaran AJK yang besar dengan menampilkan muka-muka baru. Yang DiPertua Baru adalah Dato Mohd. Nordin, seorang tokoh yang dikenali di taman ini. Sementara Naib Yang DiPertua pula disandang oleh Dato Misran, yang juga seorang ahli perniagaan di Senawang. Senarai AJK baru adalah seperti berikut:
1. Ex-Officio : Tuan Pengetua
2. YDP : Dato Mohd. Nordin
3. NYDP : Dato Misran
4. S/U : Puan Rupidah Ibrahim
5. Bendahari : Pn. Yati Suhaida
AJK: 1. : Datin Khalijah
2. : Pn. Norhelmy
3. : En. Samsulbahari
4. : En. Vasu
5. : Pn. Rozaila
AJK Guru 6: : Pn. Joseina
7. : Pn. Juliaana
8: : Pn. Haliza Selamat
9: : En. Ridwan
10. : Pn. Noraini Othman
Semoga dengan barisan AJK baru ini diharapkan agar PIBG SMKTTJ akan bergerak dengan lebih aktif di dalam merancang program membantu membangunkan sekolah di dalam segenap aspek. Peranan PIBG amat penting. Ia bukan sahaj menjadi wadah perbincangan dan permuafakatan di dalam membantu kecemerlangan akademik , sahsia pelajar, tetapi ia juga penting di dalam membantu pembangunan sekolah secara keseluruhan. PIBG bukanlah merupakan peluang untuk ibubapa menuding jari menuduh dan mengkritik sekolah, tetapi ia seharusnya lebih ke arah membantu mencari jalan penyelesaiannya. PiBG juga haruslah berperanan di dalam menjadi perantaraan antara sekolah dan ibubapa di dalam penyelesaian sesuatu isu. Oleh itu, PIBG haruslah mengetahui perjalanan dan perkembangan sekolah agar tidak ketinggalan dan gagal melaksanakan peranan berkenaan.
Sekolah juga , terutamanya para guru , perlulah menunjukkkan komitmen dan usaha yang tinggi untuk menyakinkan PIBG akan usaha dan tindakan kita ke arah peningkatan kecemerlangan sekolah keseluruhannya. Kita yakin, PIBG akan sedia membantu dan berganding bahu ke arah pencapaian visi sekolah iaitu kecemerlangan.
Bagi ibu bapa, sokonglah segala usaha PIBG dan sekolah . Libatkan diri di dalam aktiviti sekolah. Bantu para guru dan sekolah di dalam aktiviti yang dilakukan. Sumbangkan kepakaran, tenaga dan buah fikiran yang membangun ke arah kecemerlangan.
InsyaAllah , SMKTTJ akan lebih mudah cepat mencapai kecemerlangan yang diidamkan bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment