SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Thursday, March 29, 2012

KURSUS APLIKASI SAPS DAN HERMIS JPN











Pada 27 mac 2012, Selasa yang lalu, SMK Taman Tuanku Jaafar telah menerima kunjungan tetamu yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan JPNS untuk menghadiri kursus Aplikasi SAPS dan Hermis di sekolah ini. SMK TTJ berasa amat bertuah dan berasa bangga kerana dipilih sebagai tempat untuk para pegawai ini menjalani kursus tersebut.

Rombongan pegawai-pegawai kanan ini diketuai oleh Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan , Puan Hjh. Kalsom Binti Khalid. Turut hadir di dalam kursus ini adalah Ketua Sektor Akademik, KS Pengurusan Sekolah, KS Psikologi, Tuan PPD Tampin, Tuan PPD Port Dickson, Tuan PPD Jempol -Jelebu, Ketua-Ketua Unit Akadmik, ICT, dan beberapa pegawai lain yang mewakili PPD dan Sektor-Sektor di JPNS. Kursus bermula sejak jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.

Sebagai tuan rumah kepada kursus yang diadakan , SMK TTJ telah berusaha sedaya upaya untuk menyediakan kemudahan dan keselesaan terbaik bagi pegawai-pegawai kanan ini berkursus. Bermula dengan peralatan yang diselia sebaik mungkin, kemudahan-kemudahan tambahan, keceriaan makmal sehinggalah kepada layanan terus daripada pihak pentadbiran . Kehadiran pegawai-pegawai ini telah disambut oleh Tuan Pengetua dan Penolong-Penolong Kanan di ruang legar utama sekolah.

Dalam kunjungan ini juga , pegawai-pegawai berkenaan telah dapat melihat persekitaran sekolah di samping budaya sekolah yang baru. Rata-rata di antara mereka menyatakan kekaguman terhadap perubahan yang berlaku di sekolah ini , walaupun tahu kita berada di dalam kemampuan yang terhad. Antara perkara menarik yang dapat oerhatian mereka ialah program solat zohor berjemaah di ruang legar pelajar , yang jarang sekali dapat diperhatikan di sekolah -sekolah lain. Alhamdulillah...

Keceriaan kantin dan bilik makan guru juga menjadi tarikan mereka di samping "laluan ilmu' yang menjadi perhatian mereka di sepanjang perjalanan ke kantin untuk menjamu selera. Semua ini sudah pasti berkat usaha semua warga sekolah yang yakin akan kemampuan kita untuk berubah dan mencipta imej baru...'IMEJ KECEMERLANGAN'.

pada akhir, kursus pihak LENSA sempat merakamkan gambar kenangan beramai-ramai di sudut kecemerlangan sekolah yang menjadi mercu tanda utama sekolah kita. Sebagai adat meraikan tetamu, kita juga menyumbangkan cenderamata kepada Tuan Timbalan Pengarah berupa rakaman peristiwa sepanjang kursus , yang disampaikan oleh Tuan Pengetua.

Bagi SMKTTJ, kami berharap agar semua tetamu kita berpuas hati dengan segala kemudahan yang disediakan dan layanan yang diberikan...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...