SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, March 18, 2012

PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH- 3 MAC 2012






PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH 2012, selamat dilangsungkan di perkarangan Dataran Cendiakawan pada 3 Mac 2012 yang lalu. Pertandingan yang dibuka kepada semua pasukan Badan Beruniform sekolah ini disertai oleh sebanyak 13 pasukan. Pertandingan bermula pada jam 8.40 pagi dan tamat pada jam 2. 30 petang. Majlis penutup pertandingan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Balai Polis senawang dan turut bersama ialah Tuan Pengetua dan barisan pengurusan sekolah serta semua guru daripada kedua-dua sessi pagi dan petang.

Pada pertandingan ini , Juara Kategori Puteri telah dimenangi oleh Kadet KRS dan Putera pula oleh PBSM. Ketua Platon KRS Puteri juga telah diumumkan sebagai ketua platon terbaik bersama dengan ketua platon putera daripada pasukan pengakap. Kedua-dua pasukan yang menang akan dipilih mewakili sekolah untuk ke pertandingan Kawad Kaki badang beruniform Peringkat Daerah Seremban pada April nanti.

Tujuan Pertandingan ini diadakan adalah untuk membentuk pasukan terbaik sekolah sebagai persediaan di pertandingan peringkat daerah seremban dan juga untuk membentuk disiplin pelajar. Di samping itu , kesatuan dan komitmen pasukan juga dapat dibentuk melalui disiplin dan jadual latihan yang perlu dipatuhi.

Walaupun , pada hakikatnya masih banyak yang perlu diperbaiki , sekurang-kurangnya usaha ini, adalah sebagai asas dan permulaan untuk kita bergerak lebih baik dan mengadakan latihan yang lebih baik untuk kita mencapai kejayaan.

Kepada guru-guru dan pasukan badan beruniform, jangan berpuas hati dengan apa yang telah kita laksanakan pada hari ini, tetapi kita mestilah berusaha dengan lebih gigih meneruskan latihan yang lebih tersusun dan rapi untuk kita mencapai kejayaan di peringkat lebih tinggi. Hanya latihan, disiplin dan komitmen yang tinggi saha , kita mampu bersaing dengan sekolah-sekolah lain yang telah terkenal kehebatan mereka di dalam pertandingan ini. Namun, kita juga harus penya keyakinan diri bahawa kita juga punya kebolehan dan kemampuan yang sama jika kita mahukan kejayaan. Semangat dan cita-cita tinggi sebegini perlu ada untuk kita berjaya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...