SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Sunday, June 13, 2010
WORLD CUP..WORLD CUP...WORLD CUP FEVER...
WORLD CUP FEVER!....Acara sukan paling meriah di atas muka bumi ini kembali lagi...Kejohanan Bolasepak Teragung dan Terhebat..!
Itu adalah kata-kata dan gambaran yang dapat diungkapkan akan kehebatan dan kehangatan acara bolasepak terhebat di atas muka bumi ini iaitu Bolasepak Piala Dunia. Kehadiran world cup 2010, ini amat dinanti-nantikan oleh peminat bolasepak, tidak kira peringkat usia, jantina, kaum atau budaya. Bolasepak adalah sukan utama di muka bumi ini dan bagi peminat bolasepak ia sesuatu yang sukar diungkapkan! Kejohanan yang berlangsung setiap 4 tahun sekali ini pastinya tidak mahu dilepaskan. Bagi peminat bolasepak, sudah pasti telah bersiap sedia dengan perancangan dan jadual harian baru yang diatur khusus untuk menghadapi kedatangan world cup ini.
Suasana malam pastinya akan berubah! Bagi World Cup 2010 Afrika Selatan ini, ia memberikan sedikit kelegaan kepada peminat. Waktu siaran yang lebiih awal dengan jarak waktu selama 6 jam berbanding waktu di Malaysia, memberikan peluang kepada peminat untuk duduk di depan TV atau skrin besar di besar di kedai mamak sejak jam 7 malam, membawa ke pukul 10 malam dan bersambung pula ke jam 2.00 pagi! Ha..ha..Tak tidurlah kesudahannya!
World Cup tahun ini mengimbas semula kejohanan-kejohanan yang lalu bermua sejaktahun 1974 lagi!. Ketika itu , tiada siaran langsung seperti sekarang. Keputusan didengar melalui radio sahaja! Siaran langsung pula hanya ada pada perlawanan akhir sahaja! Seingat saya , siaran langsung ini bermula sejak 1986, apabila siarannya ketika itu ditaja oleh rakyat Malaysia! Hebat! Begitulah hebatnya minat peminat-peminat bolasepak di Malaysia. Sejak itu, hampir semua World Cup dapat dilihat secara langsung!. Tambah menarik pada tahun ini semua siaran di dalam HD... Nampak jelas seperi berada di stadium!
Minat saya terhadap bolasepak ini memuncak ketika menjadi pengadil bolasepak dahulu..Saya akan 'set'kan jam mengikut waktu siaran dan meletakkan jam loceng itu di pangkal telinga supaya tidak terlepas perlawanan. Tidur pun di ruang tamu , di depan televisyen! Sebelum bermula world cup juga ,saya akan bersedia dengan video tape untuk merakamkan perlawanan. Jika terlelap, esoknya boleh menonton semula selepas balik dari sekolah. Saya merakamkan perlawanan tersebut untuk tujuan meneliti pergerakkan pengadil dan keputusannya di atas padang untuk tujuan pembelajaran. Alhamdulillah...saya sempat berjaya ke peringkat antarabangsa..tetapi tidaklah ke world cup!
Namun ada juga kebimbangan dengan kehadiran world cup ini..iaitu sindrom tidak cukup tidur!...Harap-harap ia tidak akan menjejaskan kualiti kerja . Kepada peminat bolasepak, hati-hatilah...
Bagi bolasepak Malaysia, saya kira banyak yang boleh dipelajari. Namun yang paling penting ialah mengambil tindakan yang drastik dan mengikut tren semasa bolasepak dunia. Sesuatu yang Malaysia perlu akui ialah, bolasepak Malaysia belum layak ke Piala Dunia...bukan 5 tahun, bukan 10 tahun lagi...Apa yang pasti ialah, semua pasukan yang ingin ke piala dunia perlu ada syarat berikut:
1. Mempunyai pemain yang bermain di liga utama Eropah.
2. Kualiti permainan yang tinggi hasil pengalaman pemainnya di peringkat tinggi
3. Setiap liga tempatannya mempunyai pemain import yang berkualiti tinggi.
4. Pemain yang tegap dan ketahanan fizikial yang cukup tinggi.
5. Pemanya yang matang, tahap disiplin yang tinggi terutamanya mempunyai visi untuk
bermain di peringkat tertinggi , bukan setakat di liga Malaysia sahaja.
Soalnya, semua di atas tidak dimiliki oleh Malaysia...!
Siapa juara pada tahun ini...? Saya memilih Brazil. Sepanyol, German dan Holland..Juara?...Mungkin Sepanyol..walaupun hati saya memang ingin melihat Brazil yang menang...
Kepada peminat bolasepak....enjoy the game!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment