SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, June 27, 2010

PERAYAAN HARI GUR U PERINGKATNEGERI SEMBILAN-15000 HADIR....

















Semalam. 26 JUN 2010, mencatat sejarah apabila jamuan makan malam sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan dihadiri seramai 15000 orang guru . Jamuan makan ini ditaja oleh Kerajaan Negeri Sembilan sebagai penghargaan terhadap kejayaan di dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM di negeri ini yang mencatat keputusan yang terbaik.

Kemeriahan sudah terasa sejak 2 minggu sebelum tarikh ini apabila Padang MPS di bandar ini dipenuhi dengan khemah besar. Suasana meriah dan gembira pastinya terasa di benak setiap guru yang hadir. Kawasan sekitar Taman Tasik Seremban telah mula dipenuhi ribuan manusia bernama guru yang datang dengan kereta sendiri dan bas sewa khas. Pada waktu maghrib, tumpuan sudah pastilah di Masjid Negeri. Beberapa kenalan lama sempat ditemui di Masjid ini, termasuklah Dato Hj. Rohani, Mantan Pengarah pelajaran Negeri Sembilan yang lalu.

Turun dari kawasan masjid menuju ke Padang MPS, kehebatan dan kemeriahan suasana dapat dirasakan dengan kehadiran begitu ramai guru. Kontigen guru dari SMK Jelai Felda turut bersama. Ada yang datang dengan kenderaan sendiri dan ada juga yang datang dengan menaiki bas sewa khas dari Jelai Felda. Semangat tinggi dan komitmen dalam menjayakan program 'untuk guru' ini amat dibanggakan. Kalau bukan guru sendiri yang meraikan dan menjayakannya , siapa lagi!

Pada malam itu, tetamu utama sudah pastianlah YAB Menteri Besar dengan barisan EXCO dan pegawai tinggi kerajaan negeri. Hiburan pada malam itu diserikan oleh Badan Kebudayaan Negeri dengan tetamu istimewanya MAWI...! Ah..! Apa lagi..ramailah peminat yang menyerbu...dan yang pasti , mereka itu semuanya CIKGU...Cikgu pun manusia biasa juga...ada yang diminati dan mahu berhibur...Tak apalah..malam itupun untuk cikgu-cikgu juga..Mungkin nak lepas tension agaknya..!

Malam itu juga sebenarnya mempunyai makna yang besar. Malam itu kita dalam keadaan yang santai, boleh berbual dengan rakan-rakan, guru-guru dan kenalan yang telah lama tidak berjumpa. Sudah pasti ia bukan soal makan! Jadi, bagi semua guru, terimalah pemberian dan anugerah ini dengan ikhlas dan dengan ucap syukur serta terima kasih kepada kerajaan negeri yang sudi menjadi penaja. Ada juga cakap-cakap yang kurang manis mempersoalkan majlis ini. Namun lihatlah sudut positifnya..Mungkin inilah KALI PERTAMA DAN TERAKHIR kita diraikan sebegini...Alhamdulillah...

Kepada semua guru, bekas guruku,,dan semua warga sekerja bernama GURU.. 'SELAMAT HARI GURU....

Malam tadi juga sesuatu yang membanggakan apabila YAB Menteri Besar menyebut nama SMK Jelai Felda di atas kejayaan kita di dalam Pertandingan Project ThinkQuest Anjuran Perdana Leadership Foundation. Berita dan wajah Wirawati SMK Jelai Felda terpampang di dada televisyen!....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...