SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, June 4, 2010

MESYUARAT PEKERJA & STAF SERTA PERTEMUAN DENGAN PENJAGA PELAJAR PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU..

Semalam, saya agak sibuk dengan pelbagai tugas seharian. Meronda kawasan sekolah, memantau perjalanan peperiksaan semester pertama , memantau tugas pekerja pembersihan kawasan swasta, berjumpa dengan tetamu dan menghadiri mesyuarat

Dua mesyuarat atau pertemuan yang menarik ialah mesyuarat dengan kakitangan sokongan dan pekerja pembersihan swasta. Mesyuarat ini merupakan post mortem pencapaian setengah tahun prestasi mereka dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Perkara pertama yang ditekankan ialah soal keikhlasan di dalam bekerja dan sikap jujur. Ikhlas berkaitan dengan menganggap kerja itu sebagai ibadah yang selain mendapat gaji tetapi yang lebih penting ialah mendapat ganjaran pahala. Rezeki yang pkan ialah kita harapkan ilah rezeki yang halal, yang akan kita berikan buat makan kepada anak-anak kita yang kekal kesannya hingga ke akhirat nanti. Jangan pula kita mendapat rezeki yang haram akibat sikap kita yang suka mencuri tulang atau bekerja sambil lewa sahaja. Setiap kekurangan dalam tugas kita hendaklah kita tampung dengan bekerja lebih masa dan bekerja dengan lebih kuat.

Perkara kedua yang disampaikan ialah berkaitan dengana kreativiti dan innovasi. Dalam bekerja , kita mestilah kreatif dan sentiasa mempunyai keinginan untuk membuat innovasi terhadap kerja kita. Ini akan memberikan kita manfaat kepada 5 perkara:

1. Ia menunjukkan tahap pemikiran yang ada pada diri kita.
2. Ia menunjukkan bahawa kita adalah seorang pekerja yang berfikir
3. Ia menunjkkan bahawa kita mempunyai visi atau sasaran yang hendak dicapai.
4. Ia menunjukkan bahawa seorang pekerja itu sentiasa meletakkan kepentingan
organisasi melebihi kepentingan dirinya sendiri.
5. Ia memberikan kepuasan diri dan menjadikan diri kita'bernilai'

Oleh itu, setiap orang mestilah mempunyai sasaran dalam bekerja dan mempunyai keinginan melakukan sesuatu melebihi atau melampaui tugas hakiki yang diberikan. Melalukan kerja rutin, adalah tahap pekerja biasa. Melakukan kerja seperti diarahkan adalah biasa. Mengemukakan idea, merangka perancangan menjayakannya dan melaksanakannya dengan cemerlang tanpa arahan yang banyak adalah cemerlang!. Bagi seorang tukang kebun, melakukan kerja rutin, menyiram bunga, memotong rumput, menabur baja sepertimana yang ada di dalam spesifikasi tugas adalah biasa. Tetapi jika mereka boleh merancang suatu projek menyemai bunga dengan banyak untuk tujuan mencantikkan kawasan sekolah , hasil idea mereka sendiri, itulah yang dikatakan kreativiti dan pekerja yang cemerlang!

Oleh itu sebagai warga SMK Jelai Felda, naik,turun dan jatuh bangunnya sekolah adalah tanggungjawab bersama. Sekolah bukan milik pengetua, pentadbir sahaj, tetapi ia adalah milik semuanya yang bernama WARGA SMK JELAI FELDA. Dibahu kita, kita ada tugas, ada tanggungjawab, ada amanah yang akan ditanya di akhirat nanti..

SELAMAT BERTUGAS DENGAN CEMERLANG..BUAT SEMUA STAF DAN PEKERJA SMK JELAI FELDA..

SELEPAS TAMAT mesyauarat dengan pekerja dan staf tadi, saya terus menemui penjaga pelajar program Perkampungan ilmu di Bilik gerakan. Apa yang saya tekankan kepada mereka ialah tanggungjawab mereka untuk memastikan kehadiran anak-anajk mereka ke program berkenaan. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah. Guru-guru telah bekorban masa cuti untuk melaksanakan program ini pada sepenjang musim cuti sekolah ini. Sudah pastilah, ibu bapa perlu bekorban pula untuk memastikan anak-anak mereka hadir . Saya memperingatkan ibubapa supaya bekorban dengan tidak mengganggu anak mereka untuk hadir ke sekolah mengikuti program ini dengan program lain yang tidak berkaitan dengan pelajaran mereka. Malangnya , daripada 60 orang pelajar yang akan mengikuti program ini, hanya 12 orang penjaga yang hadir....siapa yang hendak dipersalahkan.... SAYA PERSALAHKAN IBU BAPA ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...