SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Wednesday, June 23, 2010

TAHNIAH! TEAM THINKQUEST SMKJF-NAIB JUARA KEBANGSAAN 2010!

















TAHNIAH...! Team ThinkQuest SMK Jelai Felda sekali lagi membuktikan kehebatan dengan muncul sebagai Naib Juara Kebangsaan dalam National Level Educational Project Contest 2010< Anjuran Perdana Leadership Foundation, di Putrajaya, hari ini. Sebagai naib Juara, team SMK Jelai Felda membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1200.00 dan 2 orang jurulatih sekolah iaitu Encik NurHaslin dan Pn. Marniemariam juga menerima saguhati berupa wang tunai.

Rombongan sekolah yang turut memberi sokongan kepada pasukan sekolah adalah seramai 22 orang, termasuklah pasukan pelapis sekolah. Turut hadir ialah pengetua, GPK 1Tuan Hj. Kasim, Pn. Hjh Faizah dan suami serta isteri Encik NurHaslin dan anaknya yang sentiasa menjadi penyokong kuat pasukan sekolah. Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan komitmen atas kejayaan sekolah ini. ANDA MEMANG HEBAT!..

Walaupun kita sekadar menjadi Naib Juara, namun ia suatu pencapaian yang amat besar dan amat membanggakan. Sebagai sebuah sekolah luar bandar, kategori felda, kita sebenarnya sudah mengalahkan banyak lagi sekolah-sekolah yang 'besar' dan dikatakan hebat. ini suatu pencapaian yang benar-benar hebat! Kita juga merupakan satu-satunya sekolah felda yang berjaya di Malaysia ini!

Diharapkan kepada 'wirawati' ThinkQuest kita, jangan bersedih hati . Kita masih hebat! Rata-rata tetamu dan sekolah lain amat mengkagumi sekolah kita. Kitalah satu-satunya pasukan yang mempunyai identiti ThinkQuest yang tersendiri berbanding sekolah lain yang ada. Ramai tetamu, termasuk VIP daripada Oracle berasa kagum dengan pasukan kita. Cuma rezeki bukan milik kita untuk menjadi johan!

Saya mengucapkan syabas dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua anggota team termasuk jurulatih yang telah berhempas-pulas menaikkan nama sekolah kita. Bagi anggota pasukan yang akan menamatkan tingkatan 5 dan meninggalkan sekolah, hanya ucapan jutaan terima kasih yang saya ucapkan!. Jasa dan sumbangan baktiu anda akan menjadi kenangan di dalam sejarah kegemilangan sekolah ini.

Bagi pasukan pelapis sekolah, anda harus bermula dari sekarang! Belajar dan timbalah ilmu daripada 'senior' anda agar kegemilangan ini dapat diteruskan! Tradisi kegemilangan ICT di SMK Jelai Felda mesti di kekal dan dipertahankan. Inilah aset dan 'permata' yang mampu melonjakkan kita di mata masyarakat ke peringkat tertinggi.

Bagi jurulatih kita, rancanglah program untuk mengekalkan kejayaan kita ini. Kita akan menjadikan ThinkQuest sebagai salah satu agenda utama kita. Bantuan berupa peruntukan khas mungkin boleh diwujudkan bagi kita merangka aktiviti ke arah tersebut!

Bagi warga SMK Jelai Felda, berbanggalah dengan kejayaan ini dan ambillah semangat pasukan ini untuk kita terapkan di dalam setiap usaha kita di dalam setip bidang! Kita Boleh! dan Kita Memang Hebat!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...