www.iLuvislam.com
Im Koyube
Editor : Im Koyube
Semalam, dunia dikejutkan dengan serangan askar Israel terhadap konvoi kemanusiaan yang membawa ratusan aktivis pro-Palestin dari pelbagai negara. Seluruh dunia bersedih,pilu dan berdukacita dengan berita serangan dan pembunuhan yang berlaku.
Pastinya, serangan askar Israel terhadap kapal Mavi Marmara adalah satu tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Misi murni 'Flotila Kebebasan' untuk menghantar bantuan kepada rakyat Gaza mungkin tidak mampu dicapai, namun sebenarnya mereka telah berjaya. Mereka sukses memberikan mesej kepada seluruh dunia bahawa Israel adalah jahat dan kejahatan mereka semakin menjadi-jadi.
Firman Allah SWT :
"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani." Yang demikian itu disebabkan karena di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) karena sesungguhnya mereka tidak menymbongkan diri."
(Surah Al-Maidah, 82)
Alhamdulillah, saya dapat menghubungi seorang rakyat Palestin yang pakar dalam 'Jureselem Studies', Dr. Abdullah Maarof sebentar tadi untuk membincangkan isu ini. Beliau kini merupakan 'senior visiting lecturer' di Universiti Malaya. Menurutnya, serangan semalam menyebabkan banyak negara mengutuk keras tindakan mereka termasuk negara-negara yang pro-Israel. Selain itu, hampir semua media menyiarkan apa yang telah berlaku. Sudah pasti berita-berita tersebut mampu mengubah persepsi sebahagian masyarakat dunia yang masih menyokong Israel atau yang masih kabur tentang kezaliman Israel.
Menurut Dr. Abdullah Maarof, Israel dapat menguasai Palestin kerana mereka menguasai ekonomi dan media. Mereka menggunakan media untuk meraih simpati masyarakat dunia dan melobi kuasa ekonomi antarabangsa. Namun, peranan media dalam menghebahkan peristiwa semalam pasti mampu menyuntik semangat dan kesedaran di kalangan masyarakat dunia terutamanya Muslim untuk terus membantu membebaskan Palestin.
"Kemungkinan kerajaan Israel tidak menjangka untuk membunuh ramai orang dalam kapal Mavi Marmara. Namun pembunuhan yang berlaku (dan ramai yang dibunuh) pasti ada kesannya akan datang," kata Dr. Abdullah Maarof.
Jika kita membaca forum-forum internet seluruh dunia, bukan sahaja ahli
forum Islamik yang mengutuk tindakan ganas itu, malah banyak forum lain
yang hangat menyatakan kebencian mereka seperti muselive.com dan
macam-macam lagi.
Apabila ditanya tentang kemungkinan akan berlaku peperangan besar sekali lagi di Gaza, pakar 'Juruselem Studies' itu memberitahu bahawa ia mungkin berlaku. Selain itu, Hamas telah mengisytiharkan 'intifada' untuk menentang kezaliman Israel.
Firman Allah SWT :
"Dan kamu akan melihat kebanyakan dari mereka (orang-orang Yahudi) bersegera membuat dosa, permusuhan dan memakan yang haram. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka telah kerjakan itu."
(Surah Al-Maidah, 62)
Peristiwa semalam sepatutnya membuatkan kita sedih dan simpati. Kesedihan itu mestilah kesedihan yang memberikan kita inspirasi untuk terus berusaha (mengikut kemampuan masing-masing) membebaskan Al-Quds; tanah suci kita.
"Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang
yang beriman, yang mendirikan soat dan menunaikan zakat, seraya mereka
tunduk (kepada Allah)."
(Surah Al-Maidah : 55)
Allah SWT menjanjikan kemenangan untuk umat Islam. Adakah kita ingin menjadi sebahagian daripada mereka yang berjuang untuk kemenangan itu? Fikir-fikirkan.
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah
jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya,
supaya kamu mendapat keberuntungan."
(Surah Al-Maidah : 35)
Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dan berjihad di jalan-Nya.
No comments:
Post a Comment