SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Monday, June 7, 2010

CUTI SEKOLAH SUDAH BERMULA...TUGAS TETAP DITERUSKAN..




Bermula pada 5 Jun 2010 yang lalu, bermulalah cuti persekolahan bagi pelajar SMK Jelai Felda dan semua pelajar sekolah di negara ini. Namun bagi pelajar terpilih daripada kumpulan Elit sekolah, mereka tetap meneruskan aktiviti pembelajaran dengan mengikuti kelas tuisyen selama 2 minggu bermula pada 7 Jun hingga 17 Jun 2010 ini. Kela stuisyen ini dinamakan sebagai Perkampungan Ilmu.

Pelajar yang diterima masuk menyertai kelas ini adalah pelajar terpilih berdasarkan pencapaian cemerlang di dalam setiap mata pelajaran. Ia ditentukan mengikut merit dan bukan mengikut kelas atau tingkatan.

Perkampungan Ilmu ini disusun dengan setiap subjek akan diajar untuk tempoh bermula jam 8 pagi hingga jam 4 ptg. Minuman pagi dan makan tengahari disediakan bagi memudahkan pelajar mengikuti kelas dengan tenang dan selesa.

Penyertaan pelajar dalam program ini juga diketatkan dengan syarat pelajar akan disingkirkan jika gagal hadir sebanyak 2 kali. Keadiran pada setiap sessi juga dicatatkan dan dipantau. Pemantauan juga akan dilakukan oleh pihak penjaga pelajar yang telah dibekalkan dengan jadual tusyen bagi memastikan anak-anak mereka hadir dan tidak ponteng.

Pengorbanan guru-guru di sekolah ini tiada bandingannya dan amat saya hargai. Komitmen dan kesungguhan mereka untuk memastikan kecemerlangan pelajar di sini amat tinggi. Perancangan program ini disusun oleh mereka sendiri dan mereka sanggup mengorbankan masa cuti untuk kemajuan pelajar di sini. Bagi sekolah yang mempunyai pelajar yang berpencapaian sederhana seperti di Jelai Felda ini, usaha seperti ini merupakan sebahagian daripada pelbagai usaha yang difikirkan untuk membantu pelajar. Pelbagai usaha dilakukan. Inilah sebenarnya konsep yang dipegang oleh semua warga di sekolah ini iaitu, kita mesti berusaha dan melakukan sesuatu yang besar dan luarbiasa untuk mencatat kejayaan yang juga luarbiasa.

Cuma kita berharap agar semua pelajar yang terlibat dan penjaga mereka mempunyai wawasan dan impian yang sama seperti guru-guru di sini. Semoga kita akan mencatat kejayaan yang gemilang lagi pada tahun ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...