SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Tuesday, May 25, 2010

LAWATAN KE MUSLIM AID MALAYSIA




PADA 24 MEI 2010, dalam rangka mengadakan mesyuarat bersama UHNCR, kami telah singgah di pejabat Muslim Aid Malaysia bertempat dui tingkat 6, Bangunan Mutiara, Bangsar Kuala Lumpur. Dalam kunjungan itu kami sempat bertemu dengan warga kerja Muslim Aid terutamanya Encik Muhammad dan Encik Wan Rusli yang merupakan Pengarah Muslim Aid Malaysia.

Kunjungan ini selain bertujuan untuk mengadakan mesyaurat dan melihat proposal berkaitan projek dengan UHNCR, ia juga sebagai kunjungan hormat kepada rakan NGO sekolah ini yang sangat aktif dan banyak menyumbang tenaga membantu pelajar sekolah dan sekolah ini sendiri di dalam pelbagai program sejak tahun 2009 yang lalu. Melalui Muslim Aid juga kita telah berjaya menjalin hubungan dengan 5 NGO lain di peringkat Kebangsaan dan juga yang paling baru ialah dengan UHNCR iaitu salah satu badan di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN). Kita juga sedang berusaha di dalam pelbagai aktiviti lain dengan bantuan Muslim Aid.

Dalam perbincangan kami ini, pihak Muslim Aid , terutamanya pengarah Encik Wan Rusli melahirkan kekagumamn terhadap penglibatan kita dan kejayaan yang kita capai. Pelbagai cerita menarik tentang sekolah yang didengarinya dan beliau amat kagum! Beliau juga melahirkan harapan agar kita dapat menjadi agen bagi Muslim Aid dalam menjalankan program mereka di kawasan ini. Mereka juga bersetuju untuk menjadikan SMK Jelai Felda sebagai SEKOLAH ANGKAT Muslim Aid Malaysia, yang berperanan sebagai agen dan rakan aktiviti mereka. Kita melahirkan kesyukuran dan penghargaan yang amat tinggi di atas cadangan ini!

Muslim Aid Malaysia adalah sebagai sebuah cawangan daripada badan induknya iaitu Muslim Aid International yang berpusat di kota London. Pengasasnya ialah saudara Yusoff Islam atau lebih terkenal dengan nama popnya Cat Stevans. Akativiti mereka adalah berasaskan bantuan kemanusiaan di serata dunia, tanpa mengira agama dan bangsa, meliputi aktiviti, bantuan, perubatan, pelajaran dan sebagainya. Aktiviti popular ialah seperti Kelas pengajian di CBS (Community Base School ) dan Qurban For LIfe, iaitu bantuan daging korban ke serata dunia! (lihat link di blog ini-Donate For Ummah)

bagi pihak sekolah, saya mengucapkan terima kasih terhadap Muslim Aid Malaysia terutamanya kepada Encik Muhammad yang telah memberikan sumbangan dan bantuan dalam pelbagai aktiviti di sekolah ini. Malahan Muslim Aid sentiada menyokong program kita. Kita berharap hubungan ini akan berterusan dan kita akan meneroka kerjasama dalam bidang-bidang lain atau menjadikan Muslim Aid sebagai jambatan bigi kita berhubungan dengan 'dunia luar' yang lebih luas lagi. sebagai salah satu usaha melonjakkan nama sekolah kita ke peringkat tertinggi! TERIMA KASIH..MUSLIM AID MALAYSIA...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...