SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Tuesday, May 25, 2010

GOTONG ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010










PADA 15 Mei 2010 yang lalu , pihak sekolah sekali lagi mengadakan program gotong royong perdana , kali ini sempena Sambutan Hari Guru 2010.

Walaupun, program ini hanyalah bersifat sukarela dan tanpa paksaan, namun warga sekolah tetap bersemangat menyahut saranan KPM untuk menyumbang tenaga dan menjayakan program KPM. Ia juga membuktikan kehebatan kita terutamanya para guru, bahawa kita sanggup berkorban demi profesion kita. Walaupun dianggarkan kehadiran pelajar hanyalah separuh daripada sepatutnya, namun, ia tidak mematahkan semangat mereka yang hadir untuk menjayakan program ini.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

1. Pertandingan mengutip sampah bagi tingkatan 1
2. Mengecat dinding tangga di blok C
3. Mengemas dan membersihkan bilik-bilik khas
4. Menanam bunga
5. Membersihkan kebun pertanian

Bagi saya, aktiviti menanam bunga d i taman sains menjadi pilihan. Dengan bantuan pelajar 3UIAM, seperti Athirah, Sabrina, Mas dan rakan-rakan lain serta pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 2, kami menanam pokok bunga raya dan bunga janda kaya di taman tersebut.

Alhamdulillah sehingga kini . nampaknya semua pokok tersebut hidup subur!

Acara paling menarik ialah pertandingan memungut sampah oleh pelajar tingkatan 1. Setiap kelas berjaya mengutip sampah melebihi 90 kilo! Johannya ialah pelajar 1 UIAM yang berjaya mengutip sampah sebanyak hampir 120 kilo!

Nampaknya pelajar-pelajar ini amat bersemangat...macam-macam pula barangan terbuang dan sampah yang dimasukkan ke dalam plastik sampah mereka..! Asalkan namanya sampah ...semua dikutip!

Pihak sekolah melalui PIBG juga telah menyediakan makanan dan minuman bagi semua peserta.

Kepada yang hadir dan menyumbang tenaga, ucapan terima kasih dan tahniah diberikan. Semoga kita akan terus berusaha menjadikan sekolah kita cemerlang dan hebat!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...