Published on 27 Feb 2013
Video penerangan program sarana ibu
bapa dan sekolah kepada ibu bapa pada 19 januari 2013 dan majlis
pelancaran semasa mesyuarat agung pibg pada 23 februari 2013 yang
dirasmikan oleh YB Dato' Hj. Hasan bin Malek, Ahi Parlimen Kuala Pilah
yang juga Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Dipaparkan lawatan beliau ke kelas-kelas yang menjadi perintis bagi
pelaksanaan program tersebut.ALHAMDULILLAH.....
Syukur segala usaha pihak sekolah dan para ibu bapa , akhirnya dapat direalisasikan dan mendapat perhatian dan penghargaan daripada pihak kerajaan melalui Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Yb dato Hj. Hassan Malik , pada 25 Febuari 2013 yang lalu. Beliau yang merupakan bekas guru, melahirkan kekagumam dan terharu kerana inilah julung kali beliau melihat kesepakatan ibu bapa dan sekolah dijalin begitu padu sehingga menghasilkan kelas yang cantih dan indah bagi keselesaan anak-anak mereka belajar. Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai guru, beliau menyatakan perkara sebegini tidak pernah terjadi.
Menurut , Ketua Sektor Pengurusan sekolah yang turut sama hadir di dalam majlis tersebut, menyatakan bahawa, sesungguhnya SMKTTJ telah mengorak langkah menjadi sekolah pertama di Negeri Sembilan menjalankan Program Sarana dan telah menghasilkan sesuatu impak yang amat besar!
Syabas! SMKTTJ.....Serlahkan Kehebatan..!
Program Sarana yang dirasmikan pada hari ini adalah merupakan jalinan dan inisiatif antara ibu bapa dan guru di dalam kelas KRK yang dijadikan model bagi kelas-kelas yang lain. Segala urusan penambahbaikan dan keceriaan kelas ini diserahkan kepada jawatankuasa kelas yang terdiri daripada ibu bapa pelajar di dalam kelas itu sendiri dan segala perbelanjaan adalah ditanggung oleh mereka . Segala kerja-kerja menaiktaraf dan menceriakan juga dilaksanakan oleh mereka sendiri.
Pada majlis ini, para tetamu telah dibawa melawat ke bilik-bilik berkenaan dan dinilai terus oleh mereka untuk memilih kelas terbaik. hasil penilaian memilih kelas 3UIA sebagai JOHAN dan Kelas 2UM sebagai Naib JOHAN... Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat...khususnya para ibu bapa yang terlibat...
Bagi kelas-kelas lain , Program ini terus dilaksanakan.( Semasa artikel ini ditulis, kelas-kelas lain telah mula menceriakan kelas masing-masing pada 2 Mac 2013) sebaik tamat mesyuarat Agong PIBG pada 25 Feb 2013 yang lalu..Sasaran pihak sekolah ialah , pada MEI 2013 ini, semua kelas telahpun selesai menjalani Program Sarana ini.
Salah satu program yang berkaitan dengan Sarana IbuBapa yang akan dilaksanakan selepas ini ialah, Program Prep Malam yang akan dilaksanakan pada bulan Mac 2013 ini. melalui program ini , para pelajar yang berminat akan belajar di kelas pada waktu malam dengan diawasi oleh ibubapa dan guru pelajar yang terlibat. diharapkan , ia dapat dijadikan realiti hasil kesungguhan dan komitmen para ibubapa dan guru-guru .
No comments:
Post a Comment