SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, February 15, 2013

ZIARAH PENDIDIKAN KHAS SMK JELAI FELDA 3I JAN 2013

Setiap kali ada kesempatan untuk menziarahi SMK Jelai Felda, saya tidak akan melepaskan peluang untuk melawat ke unit PPKI sekolah ini untuk melihat perkembangannya dan berjumpa dengan guru-guru dan staf di PPKI ini yang sentiasa komited dan hebat di dalam menjalankan tugas mereka.


Di bawah penyelarasnya, Puan Saniah Mamat, PPKI sekolah ini sentiasa  menunjukkan peningkatan dan kecemerlangan di dalam pelbagai bidang. Setiap kali lawatan akan ada sesuatu pepmbaharuan yang dibuat hasil idea bersama rakan-rakan guru PPKI yang komited. 

Semenjak saya bersama mereka di sekolah ini sejak 2008 hingga april 2011, banyak inovasi yang dihasilkan.
Kejayaan PPKI ini saya lihat adalah selain kepimpinan Puan Saniah Mamat yang berpengalaman luas dan sokongan pihak pentadbiran sekolah ia juga disebabkan oleh faktor komitmen guru-guru dan pembantu pelajar yang sangat komited. 

Guru-guru muda yang masuk ke unit ini juga amat komited dan tidak jemu menimba ilmu khusunya darpada Puan Saniah yang pernah dinilai sebagai Guru Cemerlang PPKI peringkat Kebangsaan sebanyak 3 kali di samping  anugerah lain yang banyak diperolehi oleh beliau.
Satu lagi aspek yang jelas ialah penghayatan pendidikan PPKI yang melibatkan kelompok pelajar istimewa yang begitu rapat dengan diri beliau. Anak beliau juga yang merupakan bekas pelajar PPKI sekolah ini , menjadikan beliau begitu mudah menyelami perasaan dan kemahuan para pelajar ini. penghayatan ini nampak jelas mampu diserap oleh guru-guru muda yang lain, yang mampu mendidik pelajar di sini dengan begitu dedikasi.
 

Berilah apa sahaja tugas dan cabaran, sudah pasti mereka mampu melaksanakannya. Bukan hanya di dalam aktiviti yang melibat pelajar PPKI , malahan dalam hal yang  melibatkan sekolah . kebolehan guru-gurunya begitu teserlah. Ada yang berbakat besar sebagai pengacara majlis dan berkebolahan juga di dalam aktiviti lasak di luar kawasan sekolah.

Keistimewaan yang hebat di sini juga adalah 'kedai Kek dan Roti" yang diasaskan semasa saya berada di sana dahulu, masih berjalan dan masih tidak mampu menampung permintaan yang banyak daripada warga sekolah. saya sempat bertemu dengan 2 orang pelajar yang menjual roti dan kek yang dihasilkan oleh mereka di kedai ini. Semoga kedai ini akan terus mampu bertahan dan menjadi wadah melatih mereka berdikari.
Kepada warga PPKI SMK Jelai Felda, teruskan kecemerlangan ini. Anda Memang Hebat! Tahniah Puan Saniah, Cikgu Norhayati Said, Cikgu Asyriq dan lain lain lagi...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...