Program pertama yang dirancang di bawah Program kelas rancangan Khas (KRK) SMKTTJ pada tahun ini iaitu Program Pemantapan Akidah dan Motivasui remaja Islam, anjuran bersama SMATT (Sekreteriat Mahasiswa/i Timur Tengah) & MAINS ( Majlis Agama Islam negeri Sembilan)telah diadakan pada 1 -3 Mac 2013 yang lalu bertempat di Pusat Ko-kurikulum PPD Rembau.
Majlis Perasmian penutupnya telah selamat disempurnakan oleh Ustaz Shukri daripada MAINS dengan tetamu jemputan yang terdiri daripada YDP PIBG, Encik Abd. Rahim Hasan ( Penyelaras KRK, JPNS) , Encik Shukri Roslan ( Penyelaras pusat Ko-Kurikulum PPD Rembau, Tuan pengetua , guru-guru dan ibu bapa. Program tamat pada kira-kira jam 2 petang.
objektif program ini antara lain adalah untuk:
1. Menjana kecemerlangan pelajar KRK melalui pembentukan sahsiah islamiah yang kukuh.
2. membentuk jati diri dan akhlak mulia para pelajar agar mempunyai nilai hebat ke arah kecemerlangan.
3. Memantapkan keimanan sebagai asas pengukuhan jiwa .
Pelbagai aktiviti telah didedahkan kepada para pelajar yang melibatkan kekuatan mental, dan jiwa sebagai insan mulia. pembentukan teamwork, perpaduan , keikhlasan dan kepimpinan di ajarkan melalui fasilitator SMATT.
Rata-rata pelajar yang terlibat menyatakan kepuasan dan dapat merasi perubahan yanh nyata di dalam diri mereka terutamanya yang melibatkan sikap dan keyakinan diri untuk cemerlang.
Kita berharap dan berdoa agar perubahan ini akan kekal di dalam jiwa dan tindakan mereka , terutamanya di dalam bidang pembelajaran mereka di sekolah. Ini bersesuaian dengan hasrat sekolah untuk menjadikan kelompok pelajar KRK ini sebagai model atau peneraju kepada perubahan minda dan sikap pelajar serta menjadi kelompok utama kepada penghasilan kejayaan dan kecemerlangan sekolah.
Di dalam ucapannya, Tuan pengetua menyatakan hasrat untuk melihat pelajar KRK sebagai model pelajar terbaik peringkat sekolah di dalam setiap aktiviti , sama ada dari segi akademik, Sahsiah mahupun Ko-kurikulum. . Pelajar KRK yang terdiri daripada pelajar yang terbaik akademiknya , merupakan aset penting untuk menjana kecemerlangan di dalam peperiksaan. Namun, kehebatan di dalam akademik semata-mata opasti tidak akan bermakna sekiranya mereka tidak mempunyai sahsiah dan nilai-nilai hebat di dalam diri mereka.
Majlis pada hari ini juga melibatkan ibubapa di dalam sessi kaunseling ibubapa yang dikendalikan oleh SMATT. Suasana sedih dan hiba menyelubungi dewan apabila para-pelajar saling bersalaman dan berpelukan pada penghujung program.
Bagi memastikan , perkembangan pelajar ini dapat dipertingkatkan secara berterusan, pihak sekolah dan SMATT telah bersetuju agar SMATT meneruskankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan pada masa-masa yang akan datang. Ini juga bagi memastikan momentum kesedaran pelajar akan berterusan dan tidak hanya sekadar' Hangat-hangat tahi ayam " sahaja.
InsyaAllah didoakan agar para pelajar terus cemerlang dan terus istiqomah dengan perubahan yang dipewrlukan demi kecemerlangan diri mereka dan di samping menjulang nama sekolah.
No comments:
Post a Comment