SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Tuesday, September 4, 2012

SDMA (Samsung) Share & Reachout Programme: CSR: My School It Lab- SMK Taman Tuanku Jaafar

USAHA SMKTTJ di dalam meningkatkan kualiti prasarana pendidikan dan menjalin kolaboirasi bersama agensi swasta melangkah ke satu tahap lagi melalui kerjasama bersama Samsung (SDMA), Senawang di dalam program Share & Reachout Programme: CSR: My School IT Lab - SMK Taman Tuanku Jaafar, yang berlangsung pada 28 Ogos 2012 yang lalu. Majlis perasmi dan penyerahan peralatan ICT telah dilakukan oleh Mr. S.O .Yeap, Pengurus Sumber Manusia SDMA, Senawang. Melalui program ini , pihak SDMA telah bersetuju menaja sebanyak 15 LED Monitor dan 2 buah set Televison , model terbaru keluaran Samsung kepada pihak sekolah. 12 daripada monitor ini akan ditempatkan di Bilik Komputer Guru yang akan ditempatkan di bekas Bilik Disipolin di ruang legar utama sekolah. Sementara 3 unit lagi telah ditempatkan di Program Pendidikan Khas Integrasi. Sementara itu, 2 buah set Tv samsung ini telah ditempatkan di Sudut Kecemerlangan sekolah dan di ruang legar utama.
Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada pihak pengurusan Samsung SDMA yang telah sudi membantu pihak sekolah di dalam usaha meningkatkjan kualiti pendidikan dan meningkatkan dan memajukan ICT di sekolah ini. hal ini bersesuaian dengan hasrat sekolah untuk menjadikan ICT sebagai watak sekolah dan menjadikan sekolah ini sebagai sekolah contoh di dalam memajukan ICT.
Kerjasama dengan Samsung ini sebenarnya telah terjalin lama iaitu sekitar tahun 2009 yang lalu , menerusi program CSR Samsung berkaitan dengan Keselamatan dan Kebakaran. namun sejak itu, hubungan antara Samsung dan sekolah telah terputus. Kehadiran Tuan pengetua Omar Bin Ahmad telah menyambungkan semuala hubungan ini sehingga ke tahap sekarang.
Menyingkap kembali hubungan ini, ia bermula pada tahun 2011, apabila usaha menjalin hubungan antara sekolah dan pihak luar menjadi salah satu agenda tuan pengetua. Ini berasaskan kepada prinsip pentadbiran pengatua bahawa di dalam menjana kecemerlangan sekolah, penglibatan semua pihak amatlah perlu , termasuklah agensi swasta dan masyarakat. Ini kerana sekolah tidak mampu berdiri sendiri. Sekolah mempunya kekurangan dari segi modal dan kepakaran di dalam bidang-bidang tertentu. Namun begitu sekolah mempunyai idea, komitmen dan keinginan yang tinggi di dalam menyediakan persekitaran yang hebat bagi menjana kecemerlangan pelajar. Gabungan kedua-dua inilah yang mampu mencetuskan perubahan dan inovasi yang hebat bagi mencapai cita-cita dan harapan sekolah. hal ini juga bersesuaian dengan slogan kecemerlaangan sekolah yang mula diperkenalkan oleh tuan Pengetua pada tahun 2011 , iaitu "Bersama Menjana Kecemerlangan". Ternyata idea ini bukan sekadar slogan, namun ia terbukti berkesan dan membawa impak yang berguna.
Kita berharapkan jalinan kerjasama ini akan terus terjalin erat dan kita boleh meneroka bidang-bidang lain yang mampu memberi manfaat kepada pelajar dan sekolah.
Di dalam ucapan aluan yang disampaikan oleh Tuan Pengetua, beliau ada menyatakan hasrat beliau untuk mendapatkan khidmat kepakaran yang ada di Samsung, untuk kemajuan IT dan pendididkan pelajar. Seperkara yang menjadi impian beliau ialah untuk mewujudkan pembelajaran Bahasa Korea Komunikasi melalui pembelajaran secara 'Video Confrencing' atau Virtual Learning'. Tenaga pengajar mungkin akan menggunakan tenaga staf Samsung yang berada pejabat dan pelajar SMK TTJ akan berada di sekolah. namun hal ini hanya akan dapat dilaksanakan jika sekolah mempunyai capaian internet berkelajuan tinggi melalui 1BestariNet.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...