SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Thursday, September 13, 2012
Galeri Juara SMK Taman Tuanku Jaafar..Suatu Inovasi Baru 2012
ALHAMDULILLAH...akhirnya, impian untuk mewujudkan satu galeri yang menjadi wadah bagi mempamerkan sumbangan, kehebatan dan kejayaan sekolah pada sepanjang masa dapat diwujudkan. Walaupun pada hakikatnya ia suatu yang 'simple' dan menggunakan bahan terpakai yang ada di sekolah ini, namun ia tetap sesuatu yang patut dibanggakan.
Kemunculan galeri ini memang sesuatu yang perlu. Antara kepentingan Galeri Kecemerlangan ini ialah:
1. Di dalam galeri inilah kita dapat menempatkan seluruh koleksi keceme3rlangan
sekolah untuk tontonan setiap warga sekolah dan perngunjung.
2. Ia sebagai penyuntik semangat kepada usaha ke arah pencapaian kecemerlangan dengan
setiap warga sekolah perlu meningkatkan usaha mencipta kecemerlangan lebih hebat
daripada semasa ke semasa.
3. Ia juga menjadi bukti bahawa sekolah ini mampu menjadikan setiap warga sekolahnya
menjadi cemerlang.
Apa yang penting setiap warga sekolah mestilah mempunyai rasa bangga dan megah dengan kehebatan yang ada pada sekolah kita dan berusaha meningkatkan pencapaiannya.
Memang , buat masa ini Galeri Kecemerlangan ini masih kekurangan pencapaian dan kejayaan yang tinggi. Kita perlu berusaha , meningkatkan pencapaian ke peringkat lebih tinggi dengan sasaran pencapaian di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Tahniah kepada bolasepak dan unit ICT yang telah memulakan kecemerlangan dengan pencapaian tinggi di peringkat antaraabngsa. Bagi persatuan dan unit-unit lain, perlulah merancang dan meningkatkan usaha, latihan dan strategi yang lebih ampun untuk membolehkan setiap unit masing-masing mencapai sasaran tertinggi itu.
Usaha mesti dimulakan dari sekarang! jangan berlengah lagi. Yakin dan percayalah, nikmat kejayaan akan ghanya dimengerti oleh mereka yang pernah mencipta kejayaan. Kejayaan penuh dengan kemanisan hasil daripada keperitan dan kesusahan yang telah dapat kita atasi. Kemanisan hasil usaha , hasil penat lelah dan hasil pengorbanan adalah sesuatu yang amat indah dan manis untuk kita kecapi kerana ia pasti 'melekat' di sanubari dan minda kita sebagai suatu pengalan yang hebat!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment