SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Thursday, September 13, 2012

Sekitar Kemuncak Program Pembudayaan Al-Quran dan Tadarus Perdana komuniti Taman Tuanku Jaafar, 2012

Kemuncak kepada pProgram pembudayaan Al-Quran dan Tadarus perdana Komuniti Taman Tuanku Jaafar 2012, telah selamat disempurnakan pada tarikh 7 Ogos yang lalu bertempat di daataran cendiakawan , SMK taman Tuanku Jaafar. Majlis dirasmikan penutupannya oleh Ustaz Mohd. Wazir Hamzah, Ketua Sektor Pendididkan Islam, JPNS. Turut sama pada majlis berkenaan adalah tuan Pengetua, Guru-Guru penolong Kanan, wakil PIBG, Wakil Usahanita, Encik Mohd. Hafis , Pengurus Cosmopoint, Seeremban, Encik Ridwan, Pengurus PTPL, Seremban, wakil sekolah-sekolah terlibat, Encik Dzul hanafiah dan Encik Mohd. Shah daripada RTM serta guru-guru dan pelajar SMKTTJ.
Program pada hari tersebut meliputi beberapa program . Antaranya ialah: 1. Majlis Khatam Al-Quran Perdana yang bermula tepat pada jam 5.30 petang di 5 lokasi sekolah secara serentak dan dihubungkan dengan skype. 2. majlis Iftar jamaei di setiap lojkasi sekolah 3. Solat maghrib , solat isya' dan solat Tarawih secara serentak di 5 lokasi 4. Majlis penyerahan Sumbangan hari raya kepada beberapa orang pelajar miskin dan Yatim di 5 buah sekolah yang terlibat. 5. Rakaman program Persada Jurnal Tv 1 RTM
Namun begitu, beberapa program awal berkaitan dengan program utama ini telahpun dijalankan . Antaranya ialah program infak Al_Quran yang telah menerima sumbangan terkumpul bagui semua sekolah sebanyak 3533 naskah yang telah diserahkan kepada pembaca-pembaca yang terdiri daripada pelajar sekolah-sekolah yang mengambil bahagian, iaitu seramai 3533 orang juga. Sumbangan al-Quran ini diterima daripada pelbagai sumber dan orang persaorangan. Keseluruhan nilai Al-Quran ini adalah dianggarkan tidak kurang daripada RM60 00.00 . ini merupakan suatu kejayaan yang amat dibanggakan , apatahlagi program ini merupakan program yang julung kali diadakan. Antara penyumbang terbesar adalah Usahanita , Negeri Sembilan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...