SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, September 14, 2012

Majlis Jalinan Mesra Aidil Fitri SMK Tmn Tuanku Jaafar 2012- 14 September 2012

ALHAMDULILLAH..mAJLIS jALINAN mESRA aIDIL fITRI smk ttj 2012 pada tahun ini dapat dilangsungkan di dalam suasana yang penuh meriah dan gembira pada hari ini , 14 September 2012 bersamaan 27 Syawal 1433. Kemeriahan sambutan dapat dirasakan disegenap wajah warga sekolah dan tetamu yang hadir. Sambutan yang menjadi salah satu acara besar di dalam kalender sekolah dan menjadi tradisi sekolah sejak sekian lama menggabungkan seluruh tenaga warga sekolah yang terdiri daripada semua pelajar, guru , staf , pekerja swasta , ibubapa dan tetamu undangan. .
Tetamu undangan kita pada tahun ini ialah Tang Berbahagia, Dato Firdaus Harun di samping beberapa orang tetamu jemputan kita yang terdiri daripada antaranya iaitu, Encik Hafis dan Encik Faisal daripada Cosmopoint, Seremban, Encik mana dan Encik Asri Ninggal daripada Maybank Negeri sembilan dan Senawang, Encik Aminuddin daripada SKF, Cif Inspektor Jusman (balai Polis Senawang), Encik Saravanan (Tafe College), Encik Hazli (BTN), Tn. Hj. Awalludin (SMK Senawang), Tn. Hj. hamidon (SMK Senawang 3), wakil daripada Kastam, Kilang TOTO, Encik Izham (Samsung), wakil Surau Assobirin, wakil Masjid Tuanku Jaafar, YDP PIBG, Usahanita, dan ramai lagi yang tidak dapat disebutkan.
Kehadiran para tetamu , khususnya daripada pihak swasta dan badan kerajaan ini memberikan suntikan semangat kepada warga sekolah untuk menghasilkan kejayaan dan kualiti kerja yang lebih tinggi. ia juga sebagai satu penghargaan kepada warga sekolah , untuk melihat aktiviti dan usaha gigih pada guru dan pelajar untuk menjayakan program sekolah demi kejayaan sekolah.
Sesuai dengan nama program iaitu jalinan Mesra Aidil Fitri, sesungguhnya program ini menemukan setiap warga sekolah sesama sendiri, merapatkan hubungan dan menjalin kemesraan antara satu sama lain. Pada hari ini, kita lari sedikit daripada rutin harian dan suasana yang penuh formal. Sebaliknya, kemesraan, gurauan, usikan dan senyuman menghiasi suasana . Warga sekolah juga pada hari ini dipertemukan dengan pihak swasta dan agensi kerajaan bagi tujuan merapatkan hubungan dan menjalin kerjasama di dalam memajukan pendidikan di sekolah di dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan nanti.
Bagi warga sekolah majlis ini juga membuktikan komitmen seluruh warga sekolah untuk menjayakan program dengan cemerlang. Kerjasama yang dijalinkan terbukti dengan kesanggupan semua warga untuk berkongsi menyediakan makanan dan membuat persiapan sambutan dengaN HEBAT!
Hari ini juga memperlihatkan setiap warga sekolah memperagakan pakaian raya yang serba cantik dan menawan. Bukan hanya pelajar sahaja yang kelihatan segak dan bergaya, namun yang lebih hebat , sudah pastilah guru dan staf .
Program pada hari bermula pada seawal jam 7.15 pagi dengan aktiviti baca surah yasiin , diikuti solat dhuha dan solat hajat. Seterusnya para pelajar diberikan sedikit taskirah pagi bagi memenuhi ruang waktu sementara kehadiran tetamu undangan. Program bermula pada jam 9.30 pagi dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu yang Berbahagia Dato Firdaus Harun ( Bekas ahli Parlimen Rembau). Seterusnya ia diikuti dengan bacaan doa dan ucapan ringkas daripada Tuan pengetua. Dalam ucapannya , Tuan Pengetua mengalu-alukan kehadiran para tetamu undangan dan seluruh warga sekolah serta mengucapkan selamat hari raya aidil Fitri Maaf zahir Batin. Beliau seterusnya mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran tetamu undangan dan ia amat bersesuaian sekali dengan nama majlis iaitu 'Jalinan Mesra Aidil Fitri', yang bermaksud di antara tujuan majlis itu ialah untuk menjalinkan hubungan antara sekolah dan masyarakat, komuniti dan agensi swasta dan kerajaan, untuk sama-sama berganding bahu untuk mencemerlangkan sekolah. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk meraikan semua agensi swasta, kerajaan dan kolej-kolej ini yang termasuk di dalam rakan kolaborasi sekolah, sebagaiu tanda terima kasih di atas bantuan mereka selama ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...