SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Monday, September 17, 2012
CALON PELAJAR CEMERLANG PMR & SPM 2012...SASARAN KECEMERLANGAN
INILAH PELAJAR HARAN DAN SANDARAN KECEMERLANGAN SMK TTJ 2012.....
SYABAS & TAHNIAH! Tiada ucapsn ysng lebih layak untuk diucapkan kepada kelompok pelajar yang dijadikan sandaran dan harapan untuk kita mencipta kecemerlangan.
Pemilihan mereka ini iaitu yang terdiri daripada 32 pelajar PMR dan 20 pelajar SPM, mebuktikan kesungguhan pihak sekolah untuk mencipta kecemerlangan dan melakukan lonjakan yang besar di dalam peperiksaan awam pada tahun ini.
Kumpulan pelajar ini adalah mereka yang dimasukkan di dalam senarai pelajar sasaran "straight A's' bagi PMR 2012 dan pelajar sandaran minimum 7A ke atas bagi pelajar SPM. Bagi tahun ini kita juga mensasarkan sekurang-kurangnya 1 orang akan memcah rekod pencapaian 10A+ dan bakal menerima ganjaran di dalam program Target A sekolah.
Pemilihan pelajar ini dan pemaparan wajah mereka ini adalah bertujuan untuk setiap guru dapat berusaha menyediakan segala kemudahan dan bantuan kepada mereka untuk mencapai sasaran dan memudahkan pemantauan . Bagi pelajar pula, ia akan memberikan keinsafan kepada mereka akan tanggungjawab dan tugas mereka bagi mencipta mencapai kecemerlangan sekolah. Mereka mesti bersedia memikul tanggungjawab ini dn memastikan mereka berjaya. kita berharap pelajar-pelajar ini tidak akan leka atau tertekan dengan pemilihan ini. Sebaiknya , jadikan ia sebagai suatu penghormatan dan motivasi untuk mempertingkatkan dan mempersiapkan diri untuk mencapai kejayaan yang disandarkan.
Bagi memastikan kejayaan ini dapat dikecapi oleh mereka, pihak sekolah telah menyusun program khas kepada mereka. Antaranya ialah:
1. Klinik Kecemerlangan Mata Pelajaran.
2. Program lonjakan Saujana
3. Mentor -mentee
4. Mystar A
5. Motivasi Kecemerlangan
Melalui Program Klinik Kecemerlangan Mata Pelajaran, pencapaian mereka di dalam peperiksaan percubaan akan dianalisis dan dikenalpasti kelemahan mereka mengikut topik-topik dan mereka akan diarahkan untuk bertemu guru-guru mata pelajaan terbabit untuk proses baikpulih. Proses ini akan berjalan sehingga semua masalah mereka dapat diselesaikan. Pelajar juga akan diberikana kelonggaran unuk tidak menyertai aktiviti seperti pelajar lain dan berhak memilih untuk menetukan masa dan aktiviti mereka sendiri.
Melalui Program Lonjakan Saujana pula mereka akan dibekalkan dengan bahan dan modul yang diperlukan serta diberikan mentor khas untuk mereka. Pencapaian dan perubahan diri mereka akan sentiasa dibawah pengawasan guru/ mentor dan segala masalah mereka akan segera di atasi.
Pelajar Cemerlang ini juga akan dibekalkan dengan Portal Mystar A secara percuma sehingga tamnat musinm peperiksaan nanti untuk mereka mengaksesnya. Bagi tujuan ini, pihak sekolah telah menyediakan jadual waktu khas untuk mereka mengakses portal ini pada waktu sekolah dan semasa di rumah. Seorang Guru Kaunseling telah diperuntukan , khas bagi memastikan program ini berjalan lancar.
Sementara itu, bagi memastikan mereka di dalam keadaaan siap-siaga untuk menghadapi peperiksaan, satu motivasi khas kecemerlangan akan diberikan kepada mereka sebelum mereka menduduki peperiksaan nanti.
Marilah kita bersama-sama , seluruh warga SMKTTJ, agar mereka ini mencapai sasaran yang ditetapkan dan bersemangat tinggi untuk membuktikan kita Hebat....Seperti yang selalu diungkapkan oleh Tuan pengetua, "Ciptalah sejarah dan jadilah sebahagian daripada sejarah kecemerlangan SMKTTJ" , yang akan menjadi kenagan abadi kita sepanjang hayat, sebagai bukti keberadaan kita di sekolah ini...Moga-Moga Allah memakbulkan permohonan kita ini...InsyaAllah..Amiiiiinnnnn.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment