SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, August 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...MAAF ZAHIR BATIN.. Pada Sepanjang ramadan , umat Islam berpuasa menahan lapar dan dahaga serta nafsu, melakukan amal ibadah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah swt. Selain ibadah puasa, umat Islam sentiasa disarankan untuk meningkatkan amalan-amalan sunat di samping amalan wajib. sesungguhnya bulan Ramadan adalah bulan yang berakah dan membawa seribu rahmat...kerana selain ganjaran pahala kebajikan ditingatkan berganda-ganda malah ada suatu malam yang bersamaan pahala solat seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar...
Kini, setelah sebulan berpuasa , tibalah masanya seluruh umat Islam di seluruh dunia merayakan hari kemenangan menahan lapar dan nafsu , merayakan hari raya Aidil Fitri..
Hari Raya ini adalah hari kemenangan dan hari kegembiraan. Seluruh umat islam disarankan untuk bergembira di samping melahirkan kesyukuran di atas kurniaan Allah yang maha besar ini. umat islam digalakkan agar kunjung mengunjung antara satu sama lain, terutamanya sanak saudara dengan tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim .
pada hari raya ini lah semua sanak saudara dapat berkumpul bermaaf-maafan di dalam suasana penuh kemesraan dan kasih sayang. Segala kesalahan dan kesilapan, mohon diampuni semoga perhubungan dan kasih sayang terjalin erat...
bagi kanak-kanak, kegembiraan pada hari raya ini memang tidak terkata. Penantiaan sekian lama, memang amat dinanti-nantikan. Keriangan mereka terserlah beberapa hari sebelum hari raya lagi. Permainan bunga api sentiasa menjadi suatu kemestian bagi menambah keriangan hari raya ini. Ketika tibanya syawal , kegembiraan mereka sampai ke kemuncaknya.
Dengan berpakaian serba baru dan serba cantik, mereka sentiasa di dalam keadaan gembira. Sebaik membuka mata pada waktu pagi sehinggalah terbenam matahari hingga ke malam, keriangan dan kegembiraan bagaikan tidak dapat dipisahkan daripada mereka. Itulah seperti yang selalu diungkapkan oleh masyarakat dari turun temurun, sesungguhnya hari raya ini adalah hari kegembiraan bagi kanak-kanak...sementara kegembiraan bagi ibubapa adalah ketika melihat anak-anak mereka bergembira...
Bagi, kita para guru, sudah semestinya kedatangan anak-anak didik berkunjung ke rumah adalah sesuatu yang menggembirakan. Kemesraan dan kegembiraan yang terpancar pada wajah mereka , menjadi penawar kepada segala masalah yang bersarang di kepala...Kadang-kadang di sekolah , kita sentiasa serius dan tegas kerana kehendak tugas dan tanggungjawab..jadi, pada hari raya yang mulia ini, kita dapat menjalin hubungan yang lebih mesra dan tidaklah serius seperti selalu... Cuma..mohon maaf kepada anak-anak didikku...tak berkesempatan menyediakan juadah yang baik...tak sempat....apapun terima kasih...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...