SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, July 8, 2012

Majlis Penyerahan Al-Quran dalam Program Pembudayaan Al-Quran dan Tadarus Perdana Komuniti Taman Tuanku Jaafar, 2012 pada 2 Julai 2012

ALHAMDULILLAH... Majlis Penyerahan Al-Quran kepada kelompok pembaca bagi kali pertama telah berjaya dilaksanakan di Bilik Konfrensi SMK Taman Tuanku Jaafar pada 2 Julai 2012 yang lalu. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua di samping seluruh guru dan pelajar yang terlibat yang merangkumi 5 buah sekolah di sekitar Senawang ini.
Pada majlis ini yang merupakan antara siri acara penyerahan yang akan turut dilakukan di lokasi masing-masing melibatkan sejumlah lebih dari 50 orang pelajar daripada beberapa sekolah dan guru-guru termasuk Guru Besar SK TTJ 1 & SK TTJ 2.
Melalui program ini , setiap sekolah akan berusaha mendapatkan naskah Al-Quran sebanyak 500 naskah untuk diagih-agihkan kepada pelajar di sekolah masing-masing. Seterusnya para pelajar akan diminta untuk membacanya dan diharapkan akan khatam menjelang tarikh 8 Ogos 2012 bersamaan 19 Ramadhan nanti, iaitu hari langsung bagi program ini.
Melalui program ini , setiap sekolah akan berusaha mendapatkan naskah Al-Quran sebanyak 500 naskah untuk diagih-agihkan kepada pelajar di sekolah masing-masing. Seterusnya para pelajar akan diminta untuk membacanya dan diharapkan akan khatam menjelang tarikh 8 Ogos 2012 bersamaan 19 Ramadhan nanti, iaitu hari langsung bagi program ini.
Pada 8 Ogos nanti, program Ihya Ramadhan yang merupakan salah satu aktiviti di dalam program ini akan berlangsung serentak di setiap lokasi / sekolah masing-masing. Program ini termasuklah majlis berbuka puasa, solat Tarawih dan solat Isya'. Sementara itu, program bantuan kepada anak-anak miskin dan yatim , akan dilaksanakan dilokasi utama iaitu di SMK Taman Tuanku Jaafar. Manakala itu, setiap lokasi akan dihubungi dengan menggunakan skype, yang akan diuruskan bersama dengan Kolej Cosmopoint Seremban. Bagi program sumbangan kepada pelajar miskin dan yatim ini akan disumbangkan oleh MSU, KPJ, Cosmopoint dan Usahanita.
Program ini merupakan satu program berbentuk kemasyarakatan yang julung kali diadakan di sekolah ini dan di sekitar. Antara lain ia bertujuan untuk: 1. Merapatkan hubungan antara sekolah dengan sekolah terlibat dan antara sekolah dengan masyarakat sekitar dan agensi swasta dan masyarakat. 2. Mewujudkan kelompok pembaca Al-Quran yang akan menjadikan membaca Al-Quran sebagai budaya mereka seharian. 3. Membudayakan amalan bersedekah sebagai suatiamalan mulia masyarakat terutamanya oleh para pelajar dan seluruh warga sekolah dan masyarakat. Walaupun sumbangan banyak diterima daripada anggota masyarakat, namun adalah diharapkan agar setiap pelajar, guru dan seluruh warga sekolah, ibubapa pelajar terlibat akan sudi menyumbang senaskah Al-Quran di dalam program ini.
Walaupun sumbangan banyak diterima daripada anggota masyarakat, namun adalah diharapkan agar setiap pelajar, guru dan seluruh warga sekolah, ibubapa pelajar terlibat akan sudi menyumbang senaskah Al-Quran di dalam program ini
Pengagihan Al-Quran kepada semua pembaca ini adalah sebagai suatu pembaharuan daripada amalan biasa iaitu seperti menyumbang kepada surau atau masjid yang biasa diamalkan dan seterusnya Al-Quran itu jarang dibaca atau pada hari-hari tertentu sahaja. Malalui pengagihan ini kita berharap agar: 1. Para pembaca akan membaca Al-Quran ini dengan lebih kerap kerana ia akan menjadi milik peribadi setiap penerimanya. 2. Ini bermakna, semua 2000 naskah Al-Quran ini akan dibaca oleh 2000 penerima dan tidak seperti jika diletakkan di masjid yang mana agak sukar untuk mendapatkan pembaca seramai ini pada satu-satu masa. 3. Justeru itu, sekurang-kurangnya kita berdoa agar penyumbang ini akan mendapat 2 kelebihan iaitu, pahala sumbangan Al-Quran dan pahala bacaan oleh penerima-penerima naskah Al-Quran ini
Seterusnya, program pada 8 Ogos nanati akan turut dirakamkan oleh RTM-JAKIM melalui siaran Persada Jurnal RTM TV1 yang biasanya ke udara pada setiap ahad, jam 6.30 petang. Kesan daipada program ini diharapkan para pelajar akan lebih berminat membaca Al-Quran, seterusnya mendirikan solat dan merapatkan diri dengan Allah. Seterusnya kita berharap pembentukan insan yang taat pada agama, berakhlak mulia akan dapat dihasilkan. insya Allah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...