SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Wednesday, July 25, 2012

GEGARIA SMK TTJ 2012- 7 & 8 JULAI 2012

Alhamdulillah, akhirnya program yang dirancang dapat dilaksanakan dalam suasana yang meriah dan gembira. pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah melaksanakan tugas dengan cemerlang. Terima kasih kepada semua jawatankuasa , guru dan pelajar yang telah berusaha gigih melalui pelbagai tugas sama ada menjual kupon, menguruskan pameran, gerai, dan merancang program sehingga berjaya.
Program Gegaria ini adalah program bersepadu yang julung kali diadakan di sekolah ini dengan merangkumkan beberapa aktiviti yang dijalankan serentak. Antara aktiviti yang dimasukkan itu ialah: 1. Hari koperasi sekolah 2. Hari Kantin 3. Hari Ko-kurikulum 4. Minggu Bidang Mata Pelajaran 5. Pameran kerjaya 6. Hari terbuka sekolah Program ini digabungkan dengan objektif bagi tujuan penjimatan masa dan tenaga untuk menguruskan secara berasingan di samping untuk menambah meriah kepada semua aktiviti yang dijalankan. Antara objektif program ini ialah: 1. Menanamkan rasa setiakawan, saling membantu dan kerjasama sesama warga sekolah. 2. Mencungkil bakat para pelajar di dalam pelbagai aktiviti 3. Mengeratkan hubungan semua warga sekolah danmasyarakat di dalam menyokong segala program sekolah 4. Mengumpulkan dana bagi mengisi tabung pendidikan PIBG
Perancangan aktiviti program telah dijalankan sejak 3 bulan yang lalu. Program ini melibatkan pelbagai aktiviti. Antaranya ialah: 1. Jualan gerai makanan 2. Pameran kerjaya dan pendidikan 3. Pameran bidang mata pelajaran 4. Pameran agensi kerajaan 5. Jualan barangan terpakai 6. Permainan dan pertandingan futsal 7. Jualan gerai peniaga luar 8. Tayangan filem 9. Permainan dalaman 10.Pertandingan Fotografi 11.Pertandingan melukis kanak-kanak 12.Pertunjukan fesyen kanak tadika 13.Solekan dan dandanan 14.Rumah hantu 15.Pertandingan bakat karaoke 16.TTJ idols 17.Penyerahan mentor -Mentee bagi Gemuruh Jiwa Semangat Membara
Perlaksanaan program telah didahului dengan penjualan kupon yang dilakukan oleh semua warga sekolah termasuklah PIBG. penetapan penjualan kupon adalah: 1. Pelajar RM20.00 2. Guru RM100.00 3. Pentadbir RM200.00 4. PIBG RM200.00 Di samping itu , penjualan juga dilakukan pada hari program berjalan.
Sambutan yang diberikan oleh semua warga dan masyarakat amat memuaskan. Gerai-gerai jualan dan pameran yang dibuka sejak jam 8 pagi sehingga 5 petang, penuh dikunjungi oleh orang ramai. Para pelajar memberikan respon yang amat baik di dalam setiap aktiviti yang diadakan.Kebanyakan gerai makanan sudah kehabisan stok sekitar jam 3 petang.
Acara kemuncak kepada program ini adalah upucara perasmian program yang telah disempurnakan oleh Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Hjh. Kalsom Binti Khalid di ruang legar sekolah. turut hadir di dalam majlis berkenaan adalah CEO KPJ Hospital Encik Abd Aziz dan YDP PIBG , Dato Mohammad Nordin. Dalam ucapannya yang mewakili Yang Berbahagia Dato Pengarah, beliau memuji usaha sekolah di dalam mencari dana untuk tabung pendidikan sekolah. Di samping itu, usahasama dan kolaborasi yang diadakan oleh pihak sekolah dengan pihak swasta khususnya KPJ Hospital. KPJ Hospital telah terlibat di dalam menaiktaraf Kamar Rawatan Sekolah . KPJ Hospital telah turut menyumbang sebuah katil pesakit, wheel chair, pengusung, set komputer , alat penimbang.
Tuan Timbalan kemudiannya telah turut merasmikan Kamar Rawatan SMK Taman Tuanku Jaafar di samping menandatangi plak perasmian dan menjalani pemeriksaan kesihatan mudah yang dilakukan oleh para pelajar sendiri. Seterusnya tetamu undangan telah turut dibawa melawat ke gerai-gerai pameran bidang-bidang mata pelajaran dan agensi kerajaan dan seterusnya sudi menyampaikan cenderamata kepada semua agensi yang mengambil bahagian.
Antara perkara yang menarik ialah melalui program ini , pelbagai kreativiti dan innovasi yang telah dipamerkan oleh warga sekolah. Hasil kreativiti pelajar juga telah berjaya menghasilkan T-Shirt "I Love SMK TTJ'. Idea ini merupakan sesuatu yang hebat. pihak sekolah memang menggalakkan usaha-usaha kreatif yang dilakukan oleh setiap warga sekolah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...