SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, July 13, 2012

TAHNIAH ..! Penerima APC SMK TTJ- 2011

SEKALUNG TAHNIAH...! Buat semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) daripada SMK Taman Tuanku Jaafar iaitu : 1. Puan Hjh. Rosiah 2. Ustazah Asyirah 3. Ustazah Rahayu 4. Puan Sabariah Seman 4. Puan Noraishah 5. Puan Fadhilah Hashim 6. Puan NorAzian Abd. hani 7. Puan Moganambal 8. Encik Uthama Kumaran
Pencapaian mereka ini diumumkan secara rasmi di dalam Bicara Minda untuk makluman semua dan mereka juga akan dimaklumkan kepada semua warga sekolah semasa perhimpunan rasmi sekolah pada minggu hadapan. Pengurniaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang adalah sesuatu yang besar maknanya bagi setiap kakitangan kerajaan. Ia memberikan implikasi perkhidmatan yang besar kepada kemajuan kerjaya sesaorang pegawai. Pengurniaan ini adalah suatu penghormatan kepada kecemerlangan dan kehebatan setiap penerima di dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti, berinovasi dan kreatif dalam usaha memajukan perkhidmatan. Ia juga suatu perhormatan di atas sumbangan dan kualiti kerja kita terhadap organisasi. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) ini seringkali juga menimbulkan kontroversi. Ini berlaku terutamanya apabila pengurniaan ini menimbulkan rasa tidak puashati sebahagian kakitangan disebabkan oleh kualiti penerima yang dipertikaikan. Antara faktor yang dapat disimpulkan mengapa keadaan ini berlaku adalah kerana: 1. Kreteria penilaian yang tidak standard- Ada pegawai menilai atau menganugerahkannya mengikut ukuran yang tidak tepat seperti; mengikut kuota pecahan kakitangan , mengikut senioriti, mengikut pusingan , dan yang paling teruk apabila dinilai mengikuti sejauhmana bos mengenali calon, rapat dengan bos, ada hubungan keluarga, kenalan, menghampiri usia pencen atau sebagainya. Justeru itu, ia mematikan semangat pegawai yang rajin dan hebat tetapi gagal mendapatkannya kerana masuh baru, ataupun punyai banyak masa lagi. Kreteria sebegini sebenarnya salah! APC seperti yang pernah saya maklumkan kepada bekas guru saya adalah, anugerah Perkhidmatan cemerlang...bukannya anugerah untuk perkhidmatan lama, orang nak pencen, atau alasan tidak pernah dapat lagi. Ia seharusnya bergantiung kepada kelayakan. Jika pegawai itu layak, tidak kiralah berapa usianya, berapa lama perkhidmatannya, berapa rapat dia dengan bosnya....maka ia tetap layak diberikaan APC. Kita tidak mahu, apabila seorang pegawai yang rajin tetapi masih muda atau baru , tidak diberikan anugerah ini dan apabila dia sudah merosot prestasiinya, barulah kita sibuk menyatakan: "Dulu dia bagus. Rajin ..tapi sekarang dah tak bagus....cadang nak bagi APC....tapi dia pulak dah merosot prestasinya...!" 2. Penerima tidak meneruskan kecemerlangan sebaliknya terus merosot kerana menjadikan APC sebagai matlamat akhir ..apabila telah tercapai, maka ia beranggapan tidak perlu lagi bekerja cemerlang kerana sudah mencapai target. Ini suatu fenomena yang kerap sangat terjadi.Saya selalu nasihatkan kepada penerima APCdi bawah pentadbiran saya, bahawa setiap orang harus teruskan kecemerlangan. Ini kerana APC bukan sekadar ganjaran sebaliknya ia adalah maruah diri dan organisasi yang harus dipoertahankan. Ia membuktikan bahawa kita benar-benar layak dan kualiti kerja kita adalah tinggi dan berterusan. Terpulang kerpada semua penerima untuk terus menerima sanjungaan atau menerima kutukan apabila pegawaai lain mempersoal dan memperlekehkan kita sebagai penerima APC. Jika difikirkan, hampir setiap sekolah, seharusnya tidak mempunyai sebarang masalah bagi meningkatkan prestasi kerana semakin lama sesebuah sekolah itu, sebenarnya semakin ramailah pegawai atau guru yang berkualiti iaitu peneriima ACP. Katakanlah sebauh sekolah itu mempunyai bilangan guru seramai 100 orang. Dalam tempoh 10 tahun, dengan kuota serama 8 orang setahun, sekolah itu sepaturnya telah mempunyai 80 orang atau 80 % pegawai yang berprestasi tinggi! Jumlah ini cukup cukup untuk memberi impak yang besar terhadap prestasi sekolah berkenaan. Soalnya kenapa itu tidak berlaku? Salah satu sebabnya sudah pastilah berpunca daripada sindrom yang disebutkan di atas tadi... APC juga memang tidak dapat memuaskan hati semua orang. Ada orang mempersoalkan kenapa mereka tidak dapat APC. Jawapan yang selalu saya beri adalah, bukan tidak layak...tetapi belum layak..!Cubalah tunjukkan kualiti kerja yang hebat , yang membolehkan anda layak pada tahun itu...kalau tidak dapat, maka, teruskan kecemerlangan sehingga anda layak pula pada tahun hadapan! Namun, kadang-kadang ini juga tidak dapat memujuk hati mereka yang gagal mendapatkannya. Akhirnya , saya selalu katakan, sabarlah! Doalah banyak-banyak...Mungkin belum rezeki kita...rezeki ini datangnya daripada Allah... kalau memang rezeki kita, InsyaAllah tak akan gagal mendapatkannya...Akhir sekali , selalulah ingat..Penilaian manusia memanglah tidak tepat...kadang-kadang manusia itu terlupa, lalai...penilaian Allah lah yang paling tepat...Jawabannya..bekerjalah dengan ikhlas...rezeki Allah beri padakita bukan hanya dengan APC...pelbagai cara Allah memberi rezeki..kesihatan, ketenangan dan sebagainya... Akhir kata..TAHNIAH BUAT SEMUA...KITA SEMUA ADALAH PEMENANGNYA...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...