ALHAMDULILLAH....PERKAMPUNGAN ILMU SMK TTJ SIRI 1 2012 , yang melibatkan sejumlah lebih kurang 470 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1, 2 3 dan 5 telah selamat dijayakan pada 28 Mei 2012 hingga 31 Mei 2012 yang lalu. Di samping itu ia turut melibatkan lebih daripada 40 orang guru dan pekerja sekolah serta staf.
Perkampungan Ilmu ini adalah berupa bengkel mata pelajarandan latih tubi khusus diadakan bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran dan penguasaan pelajar di dalam subjek tertentu.
Bagi siri 1 ini, pemilihan pelajar adalah terdiri daripada pelajar kelompok cemerlang sementara bagi siri ke 2 nanti akan melibat kan kumpulan pelajar di dalam kelompok kedua iaitu pelajar sederhana dan lemah.
Bagi pelajar tingkatan 3 dan 5, tumpuan Perkampungan Ilmu ini adalah untuk memperkukuhkan lagi tahap penguasaan mereka dan penummpuan adalah kepada topik-topik di tingkatan 2 dan 4. Ini bertujuan , supaya apabila Program Gerakgempur PMR dan SPM duimulakan pada sekitar Julai nanti, tumpuan akan dialihkan kepada topik-topik di tingkatan 3 dan 5 pula. Dengan cara ini, diharapkan kita akan dapat mengatasi setiap masalah dengan lebih fokus dan masalah yang sedia ada. Diharapkan para pelajar akan terus komited dengan pencapaian mereka di dalam pelajaran.
Bagi tingkatan 1 dan 2, penekanan kita adalah supaya mereka juga mahir
dan mampu menguasai topik-topik semasa dan topik di tingkatan 1 (bagi
pelajar tingkatan 2) agar segala masalah berkaitan pemahaman topik ini
akan dapat diselesaikan segera pada tahap-tahap berkenaan. Justeru itu,
kita yakin, pelajar akan lebih mudah menguasai topik-topik seterusnya
nanti.
Perjalanan Program Perkampungan Ilmu ini diuruskan oleh Jawatankuasa
Kecemerlangan Akademik di bawah GPK Akademik, Ketua Bidang Kemanusiaan
dan Guru Cemerlangan Pn. Hjh. Rosiah. Aspek kehadiran ke program ini
amat diberikan penekanan dengan kedatangan pelajar diambil setiap hari
dan dipantau pada sepanjang program berjalan.
Pihak Pengetua telah memaklumkan tindakan keras akan diambil kepada
pelajar yang engkar. Hasil pemerhatian, didapati kehadiran pelajar
adalah amat memuaskan dan tiada kejadiaan ponteng pada sepanjang program
berjalan. Tahniah kepada para pelajar dan semua yang terlibat.
Seperkara yang menarik di dalam program ini ialah kerjasama yang
ditujunkan oleh semua pihak.
Para guru yang sanggup mengorbankan sebahagian masa cuti penggal untuk
hadir menjayakan program ini.
Para ibubapa yang memberikan kerjasama dan komitmen di dalam memastikan
anak-anak mereka hadir ke program ini.
Para pelajar yang patuh dengan arahan dan memberikan kerjasama dan
kesungguhan mengikuti bengkel dan latihan .
Para staf makmal, pejabat dan pekerja swasta yang menyumbang tenaga
memasak dan menyediakan makanan kepada para pelajar dan guru yang
terlibat di dalam program ini dan akhirnya
kepada semua yang menyumbang tenaga, buah fikiran, wang, barangan dan
segalanya di dalam menjayakan program ini.
Melalui program ini juga sesuatu yang dapat kita pelajari semua ialah,
komitmen, kesungguhan, keyakinan dan pengorbanan amat penting di dalam
usaha kita mencapai kejayaan. Keyakinan bahawa kita boleh merubah
keadaan, menjana kecemerlangan dan yakin sesuatu itu boleh dan mampu
kita lakukan , jika kita mahu.
Pengorbanan semua pihak, kerjasama amatlah perlu. Kejayaan sebenarnya
adalah milik kita bersama. Milik seluruh warga sekolah. Bukan milik
sesaorang atau sekelompok sahaja. Setiap orang ada peranan dan harus
memainkan peranan tersebut.
.
Bagi pihak sekolah , saya mengucapkan taerima kasih, tahniah dan syabas!
buat semua. Kita telah membuktikan bahawa kita mampu 'MENJANA
KECEMERLANGAN', dan kita juga mampu menggabungkan segala tenaga, ilmu
dan usaha ke arah kecemerlangan. Slogan "BERSAMA MENJANA KECEMERLANGAN' ,
amat bertepatan dengan usaha kita ini. Apa yang seterusnya kita
lakukan, khususnya para pelajar adalah menguatkan azam dan kesungguhan
untuk kita 'LONJAKKAN KECEMERLANGAN' lagi.. Insya Allah..
No comments:
Post a Comment