SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Wednesday, July 25, 2012

SEKITAR SEMINAR KEPIMPINAN PEMBELAJARAN KPM, DI IAB, GENTING HIGHLAND,

Seminar Kebangsaan Pendidikan kali ke 19, dengan tema Kepimpinan Pembelajaran anjuran Kementerian pelajaran Malaysia , berlangsung selama 4 hari bermula pada 2-6 Julai 2012 yang lalu di Genting Highland. Seminar yang melibatkan semua warga pendidik yang terdiri daripada para pegawai di Kementerian Pelajaran, universiti, IPG, PPD, Pengetua dan Guru Besar di seluruh negara iaitu sekitar 500 orang peserta.
Dengan tema "Kepimpinan Pembelajaran", seminar ini bertujuan untuk melihat kembali "core bussines" kepimpinan sekolah khususnya pengetua dan guru besar iaitu menguruskan segala aktiviti pembelajaran di sekolah. Di dalam menjalankan tugas ini , para pengetua dan guru besar dituntut agar memastikan aspek perancangan, pengurusan dan pemantauan dilaksanakan dengan sepenuhnya. hal ini turut disentuh oleh Tim Ketua Pengarah pendidikan bahagian dasar KPM, Dr Amin di dalam ucaputamanya yang menyentuh pemantauan ini sebagai satu aspek yang seringkali ditinggalkan.
Kalau kita teliti, memang diakui kenyataan ini ada benarnya. kadangkala aspek ini memang menjadi masalah terutamanya apabila masa yang diperuntukkan untuk tujuan berkenaan kerapkali tergannggu akibat urusan pentadbiran yang terlalu banyak. memang diakui, kerapkali pengetua sendiri tidak dapat memenuhi jadual waktunya disebabkan terpaksa berhadapan dengan isu pentadbiran yang datang dengan tiba-tiba. Namun, ini semua haruslah dipertimbangkan dengan teliti oleh para pengetua dan guru besar , agar ia tidak harus tertinggal begitu saja. bagi sesetengah negara, Pengetua dan guru besar memang tidak dilibatkan dengan tugas mengajar. pengetua dan guru besar hanya menumpukkan kepada aspek pentadbiran dan pemantauan sahaja. Jika ini dapat dilakukan di Malaysia , berkemungkinan peratus pengabaian aspek 'cultivating' sepertimana yang dinyatakan oleh Dr Amin itu akan dapat dikurangkan.
Seminar pada kali ini juga memperlihatkan beberapa pembentangan kertas kerja dan forum berkaitan tajuk yang dibentangkan oleh ahli penal yang terdiri daripada pensyarah IAB, pengetua, guru besar dan pegawai daripada KPM. Namun, slot yang agak menarik adalah pada slot forum yang lebih menjurus kepada isu dan persoalan yang dibincangkan.
Dalam seminar ini rombongan daripada Negeri Sembilan diketuai oleh Ketua Sektor Akademik JPNS, Pegawai daripada PPD , pengetua dan guru besar yang berjumlah sekitar 27 orang. Rata-rata menyatakan Seminar ini mencapai objektifnya , namun kekeurangan 'umm' berbanding seminar yang berlangsung sebelumnya...
Namun satu perkara yang menarik , saya dapat bertemu dengan rakan sekerja saya semasa di SMK Dato Sedia Raja , Rembau pada tahun1986 yang lalu. pertemuan pertama kali selepas 26 tahun. Saudara SIRAJUDDIN yang kini bertugas di teluk Intan sebagai pengetua...!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...