SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Wednesday, July 25, 2012
PAMERAN BIDANG-BIDANG MATA PELAJARAN DI GEGARIA 2012- 7 & 8 JULAI 2012
Pameran oleh Bidang-Bidang Mata pelajaran berlangsung pada 7 & 8 Julai 2012 yang lalu bersempena dengan Program Gegaria 2012. Pada tahun ini ia diadakan serentang bagi semua bidang dan digabungkan di dalam Gegaria bersama program lain iaitu Hari Koperasi, Hari Kantin, Hari ko-Kurikulum dan Hari Terbuka sekolah.
Penggabungan ini dilakukan semata-mata untuk menambah kemeriaan pameran di samping dapat menjimatkan masa dan tidak mengganggu masa pembelajaran yang banyak. antara tujuan pameran ini adalah untuk memberi ruang pelajar mempraktikan ilmu yang dipelajari dan ditunjukkan aplikasinya di dalam tugasan yang diberikan. ia juga bagi melatih para pelajar berani dan mahir di dalam menerangkan segala teori pembelajaran melalui penghasilan projek dan bahan pameran yang dihasilkan.
Rata-rata pelajar telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan di dalam menyediakan bahan pameran dan menunjukkan prosesnya kepada pengunjung. Persiapan pameran telah diadakan lama sekitar 3 minggu yang melibatkan pencarian bahan dan aktiviti penglabelan.Antara pameran yang menjadi tumpuan adalah demostrasi penggunaan inai, dandanan dan solekan. Bagi tujuan mengutip dana tabung pendididkan sekolah, segala perkhidmatan dikenakan bayaran yang menggunakan kupon. Alhamdulillah, semua warga dan masyarakat memberikan kerjasama dan sokongan yang hebat.
Acara pameran ini telah selamat dirasmikan oleh Tuan pengetua sendiri dengan memotong reben di bilik pameran pada hari pertama Gegaria iaitu pada hari Sabtu.
Di samping pameran, aktiviti permainan bercorak akademik juga diadakan. Permainan sebegini amat baik kerana ia mampu menguji kemahiran dan tahap pengetahuan pengunjung di dalam aspek isi mata pelajaran seperti yang dapat disaksikan di dalam permainan matematik, sains, permainan bahasa dan sebagainya.
Apa yang diharapkan, pada pameran berikutnya pada tahun hadapan, ia akan mampu menampilkan penyertaan yang lebih menarik dengan penggunaaan ICT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment