SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Saturday, July 14, 2012

LAWATAN PEGAWAI BTP KPM DAN NEGERI SELURUH MALAYSIA KE SMK TAMAN TUANKU JAAFAR -10 JULAI 2012

10 JULAI 2012, yang lalu mencatatkan satu lagi sejarah buat SMK Taman Tuanku Jaafar apabila ia menjadi tuan rumah kepada Lawatan Benchmarking pegawai-pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pelajaran Malaysia dan BTPN seluruh Malaysia.
Rombongan seramai hampir 80 orang pegawai tersebut tiba di perkarangan SMK Taman Tuanku Jaafar pada jam 10 pagi dengan menaiki 2 buah bas dan telah disambut oleh Tuan pengetua , GPK 1 dan beberapa guru lain , serta sekumpulan Krew Lensa seramai 30 orang , kumpulan ThinkQuest dan pasukan kompang sekolah. Sebaik turun daripada bas, mereka telah disambut dengan kerlipan daripada kamera daripada krew Lensa yang ramai itu. Ternyata , rata-rata daripada ahli rombongan amat teruja kerana inilah kali pertama di dalam hidup mereka disambut seperti ala-celebriti dengan petikan kamera yang begitu banya.Namun ini adalah tradisi SMK Taman Tuanku Jaafar!
Rombongan kemudiaannya disambut dengan paluan kompang dan diiringi bunga manggar di bawa ke Balai Konfrensi untuk sessi taklimat oleh Tuan Pengetua sendiri. Sessi taklimat ole Tuan pengetua dimulakan dengan tayangan video korperat sekolah dan taklimat pembudayaan ICT dan Perancangan Pembangunan ICT . Taklimat adalah berkisar tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah di dalam membangunkan dan membudayakan ICT di sini. Pembangunan ICT di sekolah ini adalah penerusan daripada apa yang dilakukan oleh Tuan pengetua semasa di sekolah lama beliau dahulu. menurut Tuan pengetua, walaupun keadaan di sekolah ini amat daif dari segi prasarananya, namun pelbagai usaha mengatasinya telah diambil . Antara yang dilakukan adalah, membuat kerjasama dengan agensi luar dan swasta untuk mendapatkan bantuan peralatan dan dana bagi menyediakan kemudahan ICT di sini. halangan paling besar adalah disebabkan ketiadaan internet berkelajuan tinggi (BestariNet) yang sepatutnya telah diterima oleh sekolah ini sejak awal dahulu. Masalah yang kedua adalah berkaitan dengan arus elektrik yang sering terganggu akibat kerosakan sistem elektrik dan sekolah ini masih tidak mempunyai CF , yang mengakibatkan kita tidak mendapat bantuan penyelenggaraan daripada TNB. Bekalan sering terganggu dan tidak boleh melakukan sambungan baru dan penambahan soket baru. Alatan elektrik juga seringkali rosak akibat bekalan elektrik yang tidak sekata. Satu aspek yang menarik di sekolah ini ialah, segala usaha di dalam menambah peralatan dan kemudahan ICT ini banyak dilakukan oleh pihak sekolah sendiri tanta bantuan daripada pihak lain.
Penggunaan Active Board adalah hasil usaha yang dilakukan sendiri oleh pihak sekolah dengan membeli dan berkat usaha dan minat yang bersungguh-sungguh itu, pihak syarikat pembekal telahsudi menjadikan SMK TTJ sebagai Pilot Project penggunaan Active Board dan membekalkan sebanyak 6 buah lagi active Board. Pihak sekolah berjaya membeli sebuah active board model 'Touch Screen' dan dihadiahkan dengan satu lagi model menggunakan pen . Peralatan ini berharga sekitar RM60.000.00 keseluruhannya.Active Boardini telahpun ditematkan di Bilik APD , makmal Komputer dan di 6 buah kelas terpilih.Alhamdulillah penggunaaannya telahm mendapat sokongan semua guru. Satu lagi perkara yang menarik mengenai ICT di sekolah ini ialah, penggunaan blog bagi urusan P & P yang begitu banyak. Sehingga tahun 2012 ini kita mempunyai sebanyak 150 buah blog yang terdiri daripada blog pentadbiran, Bidang-Bidang, Panitia, Kelas, Unit Hem dan Unit Ko-Ku, PIBG dsb. Di dalam penggunaan blog ini juga, Tuan Pengetua selalu mewar-warkan konsep E-Dokumen. Selain itu, galakan penggunaan media lain seperti E-mail, E mail Groups, Fb, Skype terus disuburkan di sekolah ini. InsyaAllah melalui lawatan ini kita berharap agar semmua warga sekolah dapat bersedia di dalam merealisasikan visi kementeriaan di dalam membudayakan sistem pembelajaran 21st Century Learning bagi mewujudkan dan melahirkan generasi berteknologi hebat nanti. Seterusnya , ia merupakan suatu pengikhtirafan terhadap segala usaha dan penat lelahkita selama ini di dalam membangunkan sekolah, kita sebenarnya mampu bersaing dengaan sekolah lain. Kita ada kekuatan yang orang lain pastinya tidak ada! Jadi marilah kita teruskan perjuangan kita di dalam membudayakan ICT ini kerana ia adalah keistimewaan kita semua. Di dalam feedback yang diterima, sudah ada beberapa sekolah dab PKG negeri lain yang telah menyatakan hasrat untukj melawak sekolah ini lagi. Semuanya dialu-alukan dan bagi SMK Taman Tuanku Jaaafar, INILAHPELUANG kita...di dalam MENGUBAH IMEJ kita... 'kita ubah imej... 'kita cabar imej berkenaan 'kita bina imej baru...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...