SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, May 4, 2012

Perkhemahan perdana Badan Beruniform SMK Taman Tuanku Jaafar,-2012

Alhamdulillah...Perkhemahan Perdana Badan Beruniform bagi tahun 2012, pada 28 hingga 30 April telah selamat dilangsungkan dengan cemerlang.... Seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada para ahli Badan Beruniform daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 sMK TTJ telah menyertai perkhemahan ini. Perkhemahan yang bermula pada jam 3 petang , hari Jumaat itu telah berlangsung sehingga jam 1 tengahari 30 April 2012. Perasmian penutup program ini telah disempurnakan Encik Ariffin Bin Khamis, Penolong PPD Seremban. Turut hadir adalah YDP PIBG sekolah yang baru iaitu Dato Mohammad Nordin. Perkhemahan ini yang pada awalnya dirangcang untuk diadakan di kem MSSNS Asahan, Melaka. Namun disebabkan oleh beberapa masalah yang timbul, perkhemahan ini terpaksa diadakan di padang sekolah sahaja. Namun begitu , ia tidak sedikitpun menjejaskan keseronokan dan kemeriahan suasana perkhemahan. Apa yang pasti, semua peserta kelihatan begitu bersemangat dan ceria. Pada kali ini , terdapat sedikit pembaruan dilakukan di dalam perlaksanaan program ini. Pertama, modul aktiviti perkhemahan menggunakan modul baru yang lebih ceria dan menarik. Keduanya, perkhemahan ini mencatat sejarah apabila segala urusan memasak dilaksanakan oleh para guru sendiri. tanggungjawab mengetuai jawatankuasa masyarakat diketuai oleh Puan Fadhilah Hashim, Ketua Bidang Teknik dan Vokasional bersama guru-guru daripada biddang berkenaan dan beberapa orang guru lain. Perkhemahan sebegini sebenarnya adalah sesuatu yang amat bermakna khususnya kepada para pelajar. di dalam pekhemahan seperti ini pelajar memperolehi ilmu yang jarang mereka dapati di dalam kelas. para pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti seperti ikhtiar hidup , 'burung hantu' ikatan tali temali dan pelbagai aktiviti lain lagi. Di sini juga para pelajar diajar untuk bekerjasama di dalam kumpulan, mematuhi peraturan, kreativiti dan melakukan aktiviti gotong royong. Segala ilmu ini sudah pastilah amat berguna jika dapat diterapkan di dalam kehidupan seharian mereka. Di sinilah sebenarnya latihan untuk menjadi pemimpin dan pengikut yang hebat. Bagi pihak sekolah, kita mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat. Kerjasama dan pengorbanan setiap guru dan para pelajar yang sanggup mengorbankan tenaga dan masa cuti hujung minggu demi menjayakan program sekolah. Semoga dengan semangat yang hebat ditunjukkan oleh semua warga sekolah , kita akan mudah mencipta kecemerlangan. Diharapkan, pada tahun hadapan , kita akan membuat beberapa perubahan dan pembaruan bagi memerihkan dan menjadikan perkhemahan kita ini lebih baik dan hebat...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...