SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, May 11, 2012

SMK TTJ di Karnival Keusahawanan Koperasi Sekolah N. Sembilan 2012

Alhamdulillah..selesai sudah tanggungjawab yang diberikan kepada SMKTTJ dan kita mampu melakukannya dengan cemerlang! Pada Karnival Keusahawanan Koperasi Sekolah 2012 yang berlangsung di Gelanggang Budaya Paroi, Seremban, SMKTTJ telah diamanahkan untuk menngendalikan segala aspek berkaitan dokumentasi, rakaman dan montage. Rangkuman rakaman ini telah dipaparkan untuk tontonan pada hari terakhir karnival iaitu pada upucara penutupan rasmi oleh Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Puan Hjh. Kalsom Binti Khalid. Sejak Jumaat, 4 Mei 2012, krew Lensa , Videografer SMKTTJ bersama Krew daripada Kolej Cosmopoint, Seremban telah bertungkus lumus menyediakan khemah dokumentasi. Dengan badget yang amat kecil dan mustahil untuk dilaksanakan, krew kita dan Cosmopoint telah berjaya menyelesaikan tugas dengan cemerlang. Sebagai sumbangan kepada karnival, kita sedaya upaya menggunakan segala peralatan dan kelengkapan kita sendiri seperti skrin, LCD projektor, tv, mesin pencetak, kamera dan kamera video dengan hampir 10 orang krew lensa,4 krew videografer dan 5 orang guru serta 5 krew daripada Cosmopoint .Tururt membantu adalah saudara Jimmy. Turut turut padang menjayakan tugas ini ialah tuan pengetua sendiri yang bersama sehingga akhir majlis. Aktiviti di khemah Dokumentasi merupakan aktiviti yang paling sibuk berbanding khemah-khemah jawatankuasa lain. Ini kerana tugas yang dilaksanakan adalah berjalan pada sepanjang masa. Rakaman gambar dan video mesti dilakukan sejak permulaan program dan perlu dicetak dan dipamerkan pada setiap masa. Rakaman video yang merangkumi setiap program pula harus diedit untuk dijadikan video lengkap untuk tontonan selama 8 minit pada majlis penutupan. hal ini menyebabkan keseluruhan tenaga kerja kita berkerja keras untuk memastikan semua gambar dan video dapat dipamerkan dan disiarkan pada majlis tersebut. Justeru itu, sumbangan krew daripada Cosmopoint Seremban amat dihargai dan kami berbangga dengan anda. Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua krew yang terlibat. Pada, acara bolasepak, pasukan bolasepak perempuan kita memang tiada tandingan! Pasukan kita muncul juara dengan mengalahkan pasukan Seremban 2 dengan jaringan 8-0, Sekolah Sukan NMK Batu Kikir dengan jaringan 3-0. Tahniah dan syabas! Pasukan bolasepak lelaki kita hanya mampu ke peringkat suku akhir sahaja. pada acara nyanyian, kita juga tidak mencapai kedudukan yang baik. Ternyata penyertaan kita pada Karnival ini telah berjaya mengangkat nama sekolah kita SMKTTJ ke tempat yang tinggi. Rata-rata semua AJK lain dan orang ramai memuji hasil kerja krew dokumentasi kita yang berjaya menghasilkan sesuatu yang baru. Paparan video ini merupakan paparan kali pertama diadakan pada sepanjang sejarah karnival berjalan. Syabas! Dengan masa yang terlalu singkat , kita mampu melakukan dengan cemerlang! Semoga kita terus gigih mengangkat nama baik sekolah kita ke mercu yang paling atas. Kita mampu lakukannya dan kita PASTI akan melakukannya lagi di dalam apa juga event yang bakal diadakan. Komitment, kesungguhan, pengorbanan dan semangat untuk menaikkan nama sekolah dan maruah yang tinggi adalah resepi terbaik untuk mencipta kecemerlangan..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...