SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, May 4, 2012

Ceramah Perbankan Islam- Bank Muamalat

Friday, 4 May 2012 CERAMAH PERBANKAN ISLAM (dipetik daripada Blog Tasawwur Islam) 1.0 PENDAHULUAN Ceramah Perbankan Islam merupakan satu Program Kolaborasi antara PanitiaTasawwur Islam dan Panitia Perdagangan SMKTTJ . Ceramah ini amat penting kepada pelajar tingkatan 5 untuk memahami tajuk-tajuk berkaitan dengan Muamalah Islam , seterusnya dapat membantu pelajar dalam menjawab soalan SPM 2012. 2.0 RASIONAL Menambah pengetahuan pelajar tentang Jenis-jenis Muamalah Islam yang merupakan salah satu daripada kandungan Sukatan Tasawwur Islam dan Perdagangan serta Ekonomi Asas. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang Sistem Perbankan Islam. 3.2 Pelajar dapat mengetahui jenis-jenis Muamalah Islam. 3.3 Dapat mengetahui kepentingan dan kelebihan Sistem Muamalah Islam. 4.0 MATLAMAT Memberi motivasi kepada pelajar untuk menceburi bidang kerjaya berkaitan dengan Perbankan Islam. 5.0 TARIKH DAN MASA 4 Mei 2012 8. 00 pagi – 10.15 pagi. 6.0 TEMPAT Dewan Sri Budiman SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban. 7.0 SASARAN Semua pelajar Tasawwur Islam , Perdagangan dan Ekonomi Asas.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...