SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Saturday, April 21, 2012
KURSUS SEMBELIHAN- HALALAN TOYIBBAN bersama MAINS & JAKIM- 19 .4. 2012
ALHAMDULILLAH, pada hari khamis yang lalu, Program Sembelihan bagi pelajar Islam Tingkatan 4, telah selamat dijalankan dengan kerjasama MAINS dan JAKIM.
Seramai 200 orang pelajar telah mengambil bahagian. Program yang bermula pada jam 8.00 pagi dimulakan dengan ceramah motivasi oleh Bahagian Kaunseling MAINS dan kemudiannya diikuti dengan Taklimat dan Teori Penyembelihan oleh pihak JAKIM. Sekitar jam 12.00 tengahari barulah , operasi menyembelih dilakukan oleh para pelajar. Tampak semua pelajar berasa gembira dan seronok sekali kerana dapat melaksanakan aktiviti yang pertama kali dialami oleh mereka sendiri. Pelajar lelaki dan perempuan menunjukkan keberanian dan kebolehan menyembelih dengan baik. Namun dalam keadaan sebegitu, 11 ekor ayang didapati tidak rasa takut sebahagian pelajar yang terlibat. Namun ia tetap menjadi pengajaran yang baik dan berharga bagi mereka semua.
Bagi memeriahkan suasana dan bagi meraikan para pelajar yang terlibat , pihak sekolah telah memutuskan untuk memasak nasi, sayur dan menggulai ayam-ayam tersebut untuk hidangan tengahari. Ini bagi memastikan , mereka semua dapat menikmati hasil pembelajaran mereka dan menambah keseronokan mereka.
Kerja-kerja memasak dan memproses ayam mendapat kerjasama daripada staf pelajar , pembantu makmal dan pekerja swasta serta dibantu oleh bebrapa orang guru yang tampak sangat teruja dengan program yang diadakan. Sekitar jam 2 petang, mereka semua dapat menikmati hidangan lazat hasil usaha mereka tadi. Operasi memasak ini diketuai oleh Hjh. Fuad'dah dan puan Rosnah.
Bagi pihak sekolah, kita merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Panitia Agama Islam di bawah bimbingan Ustazah Rafeah, Ustaz Nizam, ustazah Rahayu, ustazah Asyirah, dan yang lain di atas kejayaan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment