SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, May 4, 2012

Pemeriksaan Bai'ah Pengetua SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban.

Alhamdulillah...yang ditunggu-tunggu , akhirnya tiba juga.....Memang ia menjadi sesuatu yang amat menekan dan menjadi strees apabila menantikan tibanya pasukan Nazir ke sekolah ini, dari sehari ke sehari... Bermula daripada pecah berita bahawa SMK TTJ akan didatangi oleh pasukan Nazir oleh Tuan Pengetua pada 19 April 2012 yang lalu, seluruh warga sekolah telah bertungkus-lumus mempersiapkan diri untuk menghadapi penmeriksaan. Kesibukan daan stress terpancar pada wajah setiap warga sekolah. Fail-Fail dilengkapkan , dan dipunggah ke Bilik Konfrensi serta disusun mengikut arahan yang diberikan , bersedia untuk disemak dan diteliti oleh pasukan Nazir.. Setiap hari masing-masing berteka-teki..Bila mereka akan sampai..Berita kehadiran Nazir ke sekolah-sekolah terpilih yang berhampiran, mengundang spekulasi, SMK TTJ akan didatang oleh mereka pada keesokan harinya... Namun realitinya yang terjadi, mereka hanya tiba pada hari Khamis yang lalu iaitu pada 4 Mei 2012. Sementara itu, pihak sekolah juga turut dikunjungi oleh pihak Audit sekolah, khas untuk menilai aspek audit dan kewangan sekolah bagi tujuan yang sama. Akhirnya, kini semuanya telah selesai. Hanya berserah kepada Allah. Kita sudah sedaya upaya melakukan yang terbaik dan jika rezeki menyebelahi kita , maka insyaAllah , kita akan berjaya... Pencalonnan Baiah ini , bukan hanya perlu dilihat dari sudut ganjaran kewangan yang akan diperolehi. namun , apa yang lebih penting ialah, pengikhtirafan terhadap hasil kerja keras setiap warga sekolah di dalam meningkatkan kecemerlangan. Memang, jika dilihat pada tahun 2011 yang lalu, memang kita telah melakukan kerja keras untuk mencipta kecemerlangan yang sekaligus merubah imej dan wajah sekolah. Inilah hakkat yang kita perlu banggakan! Kita mampu membuktikan bahawa usaha gigih, komitmen, keyakinan dan dan pengorbanan serta doa adalah antara resepi kejayaan yang telah kita buktikan bersama... Akhir sekalai, terima kasih kepada semua warga sekolah... InsyaAllah...kita berserah kepada Allah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...