SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, May 20, 2012

Malam BersamaMu Palestine di Bumi Isra'- SMK Tmn Tuanku Jaafar

ALHAMDULILLAH.... Hasrat untuk membantu dan meniimbulkan kesedaran di kalangan seluruh warga SMK Taman Tuanku Jaafar dan komuniti di taman ini tercapai juga hasil usaha Panitia Agama Islam yang te menjemput Prof. Madya Dr, Zainurrashid Bin Zainuddin untuk berkongsi maklumat tentang perjuangan dan pengorabanan bangsa palestine membebaskan tanahair dan menegakkan islam . Pada 18 Mei 2012, bermula daripada petang hingga ke jam 11.00 malam, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi mengisi program berkenaan. Bermula dengan solat maghrib berjemaah , solat hajat khususuntuk memohon kesejahteraan rakyat Palestine, persembahan nasyid dan Qassidah sehinggalahlah kepada ceramah perjuangan Palestine oleh Dr. Zainurrashid, semua munajat ditujukah khas kepada mereka. Sambutan daripada para pelajar, guru dan masyarakat sekitar amatlah menggalakkan. Sekitar 500 orang pelajar, guru dan masyarakat setempat telah hadir . Turut hadir pada malam itu ialah Yang Berbahagia, Dato Mohd. Nordin Mohammad, iaitu YDP PIBG sekolah dan juga AJKSurau Assobirin dengan satu niat iaitu untuk mengenang akan kembali perjuangan Palestin ini dan memberikan pendedahan akan kesengsaraan hidup mereka yang menjadi teladan kepada setiap umat manusia. Ceramah pada malam itu amat berkesan dan menyentuh hati. Dr. Zainurrashid daripada NGO Aman Palestine Berhad dan seorang yang sentiasa berkorban untuk perjuangan rakyat Palestine sejak 10 tahun yang lalu, berjaya menyingkap banyak perkara yang masyarakat luar tidak mengetahui tentang rakyat Palestine khususnya penduduk Gaza yang terkepung oleh Israel dan Mesir yang bersekongkol dengan rejim Yahudi ini. Kesengsaraan dan kematian adalah suatu perkara biasa bagi mereka. Mereka tidak pernah berasa takut untuk mati, malahan sentiasa mencari kematian itu atas jihat dan syahid ke jalan Allah. Banyak perkara menarik yang masyarakat umum tidak ketahui tentang penduduk Gaza. Antaranya ialah: 1. Walaupun hidup di dalam kesempitan, namun tidak seorangpun rakyatnya menjadi peminta sedekah. 2. Setiap kanak-kanak dan warga Gaza sentiasa mencari kematian dan jihad dan tidak akan pernah gentar untuk berjuang menentang rejim Yahudi Israel. 3. Perdana Menteri Palestin Dr. Ismael Haniyyeh adalah seorang Profesor Universiti, hafaz 30 juzuk Al-Quran dan tinggal di kawasan setinggan bersama rakyatnya. 4. Hampir keseluruhan kanak-kanak Palestin yang berusia seawal 11 tahun telah mampu menghafaz 11 juzuk Al-Quran dan 30 juzuk pada usia 12 atau 13 tahun. Mereka ke sekolah pada waktu pagi seperti biasa dan pada petang hari nya menghafaz Al-Quran. 5. Hampir semua pelajar perubatan di Universiti Gaza mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran 6. Semua polis di Gaza tidak membawa senjata ketika berkawal, solat subuh berjemaah pada setiap hari dan sentiasa peramah dan membantu rakyatnya. Kebanyakan mereka juga adalah hafaz Al-Quran. Begitulah di antara kehebatan rakyat Gaza ini seperti yang dinyatakan oleh penceramah kita ini. Apa yang nyata, keutuhan dan kekuatan iman mereka ini menjadikan mereka sebagai golongan yang amat ditakuti oleh Israel. Ini berbeza sama sekali dengan penduduk di Tebing Barat yang sudah jauh daripada Islam. Pada malam itu juga, tuan Pengetua telah menyampaikan sumbangan seluruh warga sekolah untuk membantu penderitaan rakyat Palestin khususnya penduduk Gaza yang terkepung, dengan jumlah sumbangan sebanyak RM2510.00. Semoga sedikit sumbangan ini akan membantu meringankan penderitaan mereka . InsyaAllah. Bagi pihak sekolah , kita merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini dan menyumbang kepada tabung Palestine yang kita lancarkan sejak 2 Jumaat yang lalu. Semoga Allah memurahkan rezeki dan memberi keberkatan kepada kita semua...InsyaAllah..Aminnnn.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...