SLOGAN KECEMERLANGAN 2017
Wednesday, May 16, 2012
Hari Guru Di SMK TTJ- Suatu Tranformasi..
Alhamdulillah...Sempena Sambutan Hari Guru2012 yang berlangsung semalam, SMK TTJ bukan sekadar menyambutnya sebagai suatu tradisi tahunan , namun SMKTTJ telah turut melakukan tranformasi di dalam aktiviti sambutan dan juga semangat yang ditunjukkan oleh semua warga sekolah, khususnya para guru sendiri.
Sambutan pada tahun ini, bukan hanya melibatkan para guru dan pelajar sahaja, namun ia disertai oleh semua warga iaitu para guru, staf sokongan, pekerja syarikat pembersihan swasta dan juga PIBG. Di samping itu, agensi luar juga telah turut serta meraikan majlis ini.
Aktivti sambutan, yang diserahkan kepada pihak pelajar, khususnya yang dikendalikan oleh para pengawas , ternyata sesuatu yang istimewa. Sambutannya lebih meriah dengan adanya satu peribahan, kreativiti dan inovasi yang lari daripada rutin. Selain acara formal seperti ucapan Menteri dan Ketua Pengarah Pelajaran serta nyanyian lagu 'Guru Malaysia', majlis juga diserikan dengan nyanyian lagu "Allah selamatkan Guru' oleh para pelajar diiringi dengan gendang. Semua kelas di sekolah ini turut menyediakan banner sambutan dengan corak dan warna yang indah , hasil kreativiti para pelajar.
Acara lain yang turut diadakan adalah 'garden party' oleh semua kelas yang diadakan disekitar perkarangan sekolah secara santai dan juga pelbagai acara permainan yang melibatkan para pelajar dan guru. Pada acara penutupnya pula, persembahan pelajar dengan diiringi oleh Band Sekolah turut menghiburkan semua. Pelbagai anugerah turut diadakan untuk menghargai jasa para guru. Antaranya ialah Guru Popular, Guru Caring, Guru UP-to-date, Guru Legend dan Guru Tranformasi.
Sambutan Hari Guru SMKTTJ kemudiannya bersambung ke acara boling, di Seremban parade. Bakat dan kemahiran para guru serta aksi lucu dipaparkan pada sepanjang program. Namun, apa yang pasti keakraban , kepaduan ikatan dan kerjasama dan komitmen semua guru untuk menjayakan aktiviti ini yang paling menarik dan dikagumi.
Kemuncak sambutan adalah majlis High Tea di Royal Adephi, Seremban yang turut disertai oleh YDP PIBG, Dato Mohd. Nordin Bin Mohamad. Penyampaian hadiah pertandingan boling, telah dilakukan oleh YDP PIBG , yang turut sudi menaja semua hadiah berkenaan.
Ternyata suatu tranformasi telah dilakukan oleh semua warga sekolah yang dapat dibuktikan di dalam majlis sambutan ini:
Pertama: Penglibataan hampir semua guru dan pelajar di dalam semua aktiviti yang diadakan seperti di dalam permainan bolasepak , bola jaring dan sukanneka.
Kedua: penglibatan semua guru di dalam setiap aktiviti yang dilakukan dan komitmen serta kerjasama yang hebat.
Ketiga: Suatu pembaruan dari segi aktiviti sambutan yang julung kali diadakan dan berlainan sama sekali dengan tahun sebelumnya.
Keempat: Penglibatan pelajar, sambutan dan sokongan pelajar terhadap program serta kreativiti yang dihasilkan , ternyata amat memberangsangkan dan dikagumi. Ternyata pelajar kitta mampu melakukan dengan kreatif dan inovatif dengan bantuan dan sokongan yang minimum daripada guru. Bakat pelajar kita, ternyata hebat!
Kelima: Sambutan pada kali ini juga mencapai objektif sebenar sambutan hari Guru. Hari di mana guru diraikan oleh para pelajarnya, guru bermesra dan bergaul rapat dengan pelajarnya, guru dihargai oleh pelajarnya dan guru menunjukkan kepaduan ikatan dan kerjasama yang pasti menjadiu ramuan khusus untuk mencipta kecemerlangan dan,
Akhir sekali, seluruh warga SMKTTJ telah berjaya melakukan suatu TRANFORMASI HEBAT...
SYABAS!Buat semua dan Terima kasih di atas segala yang telah diberikan...
'SELAMAT HARI GURU'...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment