SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Sunday, June 3, 2012

Program parenting atau pun Program Keibubapaan Bagi Pelajar India, SMK Taman Tuanku Jaafar telah selamat dilangsungkan pada 19 Mei 2012 bersamaan hari Sabtu yang lalu. Dengan kehadiran ibubapa dan juga para pelajar lebih daripada 800 orang, menjadikan program ini antara suatu program yang paling berjaya. Dengan menampilkan beberapa personaliti hebat, antaranya ialah penceramah Prof. Dr Abd. Kadeer Ibrahim, Penguasa Penjara Jelebu, dan dirasmikan oleh YB Senator S. Bagiam daripada Petaling Jaya , Selangor. Tuan pengetua, bersama dengan barisan peminpin sekolah serta guru-guru juga turut hadir pada majlis ini.
Majlis ini bermula sejak daripada jam 7.20 pagi dan berakhir pada sekitar jam 2 petang. Kehadiran Senator S. Bagiam telah disambut oleh tuan pengetua dan barisan kepimpinan sekolah. Antara tujuan program ini ialah untuk memberikan pejelasan dan pendedahan tentang hala tuju pelajar India di sekolah ini di dalam bidang akademik dan kehidupan. Melalui penjelasan mengenai aspek ini, diharapkan para pelajar India di sekolah ini akan dapat memberikan fokus kepada mencapai kejayaan dan kecemerlangan dan seterusnya menyumbang ke arah kesejahteraan, kecemerlangan dan imej sekolah. Di dalam ucapannya , Tuan Pengetua telah menegaskan bahawa, bilangan pelajar India yang berjumlah hampir 400 orang , memainkan peranan yang besar di dalam mencorakkan kejayaan dan kecemerlangan sekolah. pihak sekolah tidak mahu pelajar ini ketinggalan berbanding pelajar lain dan haruslah fokus kepada pencapaian kecemerlangan. Di dalam usaha untuk menentukan kejayaan pelajar terutamanya di dalam bidang akademik dan sahsiah serta disiplin diri, pihak sekolah akan sentiasa berusaha menyediakan segala keperluan dabn bantuan. Sepertimana program yang diadalan pada hari ini, pihak sekolah telah menjemput tokoh terkenal dan hebat untuk membantu para pelajar mencipta kejayaan. Aapa yang perlu dilakukan oleh opara pelajar hanyalah fokus dan berusaha menngambil segala peluang yang ada untuk m mencipta kecemerlangan. Senator S. Bagiam juga telah menekankan peri pentingnya iibu bapa memberikan perhatian kepada kejayaan pelajar sama ada di dalam akademik atau sahsiah dan tidak bersikap lepas tangan kepada pihak sekolah sahaja. Di dalam dunia sekarang ibubapa perlu lebih perihatain dan banyak memberikan tumpuan membantu anak -anak di dalam pelajaran dan sahsiah diri mereka. Rata-rata para pelajar dan ibu bapa yang ditemui menyatakan rasa puas hati terhadap program yang dilakukan dan berharap akan membuahkan hasil seperti mana yang diharapkan.
Pihak sekolah ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang membantu kepada kejayaan program ini. Kepada kedua-dua orang penceramah, prof Dr. Abd. Kadeer Ibrahim dan Tuan ACP Arjunan , pihak sekolah mengucapkan
ribuan terima kasih. Kedua-dua mereka ini menunjukkan komitmen yang begitu tinggi dengan memulangkan semula sumbangan pihak sekolah kepada mereka semata-mata untuk membentu sekolah menjayakan pelbagai program untuk kecemerlangan anak-anak di sekolah ini. Semoga jasa baik mereka berdua ini , mendapat balasan yang setimpal dengan kebajikan mereka ini. Kepada semua guru yang terlibat. diucapkan jutaan terima kasih jua.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...