
Sumbangan kek Hari Guru daripada ASP Tuan Jusman dan warga Balai Polis Senawang buat warga pendidik SMKTTJ.

Rasa terharu di atas keperihatinan beliau dan warga Balai. Setiap tahun
beliau dan warga balai menjadi orang pertama yang menghantar ucapan
Selamat Hari Guru dan tidak pernah lupa menghantarkan kek yang sangat
enak sebelum hari guru berlangsung. Hari ini, 15 Mei 2015, seperti biasanya, 3 orang wakil Balai Polis Senawang telah hadir menyumbangkan kek coklat ini. Saya pasti kek ini adalah hasil buatan sendiri warga balai Polis Senawang , melihatkan daripada hiasan dan keenakannya yang tidak mungkin ada pada kek yang dijual di kedai.

Beliau yang merupakan Bapa
Angkat Polis bagi SMKTTJ sangat aktif dan sentiasa membantu sekolah di
dalam setiap aktiviti. Kerjasama seluruh warga balai polis Senawang
terhadap pendidikan pelajar sangat hebat dan tidak pernah ketinggalan di
dalam setiap aktiviti sekolah.
Sebagai rakan Sarana SMKTTJ , Polis
Senawang adalah antara yang terbaik.
Semoga kerjasama ini akan
berterusan dan didoakan agar seluruh warga Balai Polis Senawang akan
sentiasa nendapat keberkatan , dilimpahkan rahmat dan sentiasa di dalam
perlindungan Allah...InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment