SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Thursday, May 14, 2015

KENAPA PERLU TAKUT UNTUK MENDENGAR....

Asas kepada memahami sesuatu isu adalah dengan mendengar. Setelah mendengar, barulah kita faham apakah isunya, masalah yang berkaitan dan memahami cara untuk kita memikirkan jalan penyelesaian kepada sesuatu isu itu.. Tanpa mendengar, mana mungkin kita mampu memahaminya. Oleh itu, bukalah minda dan hati untuk kita mendengar. Buanglah budaya takut untuk mendengar. Pemandulan ilmu dan pemikiran bermula apabila kita menutup pemikiran dan telinga kita untuk mendengar. Kita memilih-milih apa yang patut kita dengar. Kita menetapkan hanya perkara yang sedap pada telinga kita sahaja untuk kita dengar. 

Seringkali, di dalam perkara-perkara yang lita tidak mahu mendengar itulah terkandung jawapan dan jalan penyelesaian yang terbaik terhadap sesuatu masalah. Apatah lagi jika kata-kata itu datangnya daripada orang yang memang' benar-benar tidak faham' dan memerlukan bantuan untuk memahaminya. . Menjadi kewajiban pula bagi kita mendengar dan memberi faham kepada mereka.
Namun, mana mungkin kita mampu memberikan kefahaman jika kita sudah memilih untuk tidak mahu mendengar!

Jadilah pemimpin yang berani mendengar!
kerana ia merupakan langkah pertama untuk menyelesaikan masalah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...