Program telah berjalan sejak khamis, 14 Mei 2015 dan berakhir pada tengahari ini, 15 Mei 2015.
Program ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar PPKI tentang kemahiran hidup yang perlu ada pada diri
mereka.
Sebagai pelajar PPKI, aspek survival dan kemahiran menjalani pelbagai halangan dan ikhtiar hidup adalah sesuatu yang perlu bagi mereka. peranan sekolah adalah untuk memastikan agar para pelajar berkelainan upaya ini mampu hidup berdikari setelah mereka meninggalkan alam persekolahan nanti.
Saya sering kali menekankan epada para guru PPKI untuk memastikan setiap pelajar ini diberikan kemahiran yang pelbagai sebagai persiapan untuk mereka menjalani kehidupan dengan selesa selepas tamat persekolahan. Kita perlu akaui , walaupun akademik amat penting bagi setiap pelajar, namun bagi golongan pelajar ini , penekanan utama haruslah kepada aspek kemahiran. Justeru itu, pelbagai kemahiran perlu diberikan kepada para pelajar ini.
Kalau kita bergantung kepada silibus yang ada , mungkin kita akan hanya bergantung kepada penyediaaan kemahiran yang biasa sahaja. Namun, di SMKTTJ, kita sentiasa memikirkan apakah bentuk kemahiran terkini yang sesuai bagi para pelajar ini untuk kehidupan mereka selepas menamatkan alam persekolah. Kita sudah pasti tidak sanggup untuk melihat para pelajar ini berakhir di tepi-tepi jalan atau di kompleks perniagaan sebagai peminta sedekah untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Justeru itu, pihak sekolah telah berusaha mendedahkan para pelajar ini dengan pelbagai kemahiran melalui jalinan kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta serta NGO untuk membantu golongan ini. Projek Ternak Ikan PPKI SMKTTJ merupakan salah satu kerjasama strategik yang dijalin bersama Jabatan perikan Negeri Sembilan , dalam usaha mencapai matlamat tadi.
Justeru itu, Program Perkhemahan ini amat baik dan wajar diberikan kepada para pelajar ini. Ia sekaligus membuktikan bahawa mereka juga adalah sama seperti pelajar normal yang lain , yang mampu melalui semua aktiviti lasak dan menunjukkan kreativiti tinggi .
Tahniah buat Unit PPKI SMKTTJ di bawah bimbinganPuah Azah Shariza yang amat aktif menganjurkan pelbagai program hebat untuk kecemerlangan pelajar-pelajar PPKI ini. program ini yang mendapat suntikan sokongan para ibubapa juga telah menjadikan program ini amat berkesan dan berjaya. TAHNIAH!
No comments:
Post a Comment