Program yang dirancang oleh Unit Kaunseling SMKTTJ akhirnya berjaya dilaksanakan dengan operasmiannya yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Profesor Dato Dr Musa Bin Ahmad, Naib cencelor USIM . Majlis yang diadakan pada waktu malam itu bermula sejak jam 8 malam dan berakhir sekitar jam 11.00 malam.

Majlis pada malam itu juga dihadiri oleh pelajar dan guru-guru sekolah ini serta para ibubapa dan komuniti setempat.
Pelbagai acara diadakan sempena majlis berkenaan. Selain ucapan -ucapan daripada tuan Pengetua, Ketua Sekotor yang mewakili Dato Pengarah dan Ucapan Perasmian oleh Naib Censelor USIM, hadiri juga dihidangkan dengan persembahan Qasidah oleh pelajar-pelajar BADAR SMKTTJ , Tayangan Dokumentari dan Forum PPDa.
Majlis Forum ini menemukan panelis seperti Pengarah Jabatan Psikologi JPA, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Tok Hamzah (bekas banduan tali gantung ) dan seorang pegawai AADK Negeri Sembilan.

Ternyata program ini mendapat sambutan yang memuaskan. pihak sekolah amat berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh agensi -agensi kerajaan dan NGO serta USIM yang telah memberikan sokongan yang kuat di dalam menjayakan program ini. Pihak USIM melalui Naib Censelor telah membawa bersama kontigen yang hebat termasuk 40 orang pelajar dan Alumni ACCREDA bagi menjayakan majlis berkenaan.

Program ini yang memasukkan unsur SARANA , adalah seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia , yang memerlukan penglibatan menyeluruh ibu bapa dan masyarakat serta agensi kerajaan dan swasta di dalam membantu sekolah


Justeru ini, aspek penyebaran maklumat yang mampu sampai ke seluruh pelusuk masyarakat adalah keutamaan sekolah.

Aspek kedua yang menjadi keutamaan di dalam program PPDa SMKTTJ adalah , setiap program dan aktiviti yang melibatkan PPDa ini mestilah melibatkan terus para pelajar dan komuniti setempat.
Justeru itu, setiap poster, banting dan edaran berkaitan program ini adalah menggunakan gambar pelajar-pelajar dan komuniti yang ada di sekolah ini. Ini bertujuan untuk memastikan mereka terlibat terus dan mesej yang hendak disampaikan , akan terus kepada mereka.
Aspek ketiga yang menjadi penekanan di dalam program ini ialah, penekanan kepada slogan "Hidup Bahagia / Cemerlang tanpa Dadah". Justeru itu, pemaparan wajah yang ceria, kejayaan dan kecemerlangan serta pencapaian yang hebat di dalam setiap aspek kehidupan adalah menjadi tema utama di dalam setiap paparan di banting, banner atau media-media lain. Ini adalah bertujuan bagi memenuhi dan menyesuaikan paparan dengan slogan yang digunakan. Gambaran yang berkaitan dengan kesengsaraan, dan penderitaan hidup akibat penyalahgunaan dadah tidak lagi menjadi keutamaan, walaupun ia dianggap sebagai masih penting.
Aspek yang akhir adalah berkaitan penggunaan unsur kerohanian dan kasih sayang terutamanya ibubapa dan keluarga yang menjadi antara faktor penting di dalam menghindarkan para pelajar daripada terlibat di dalam penyalahgunaan dadah. Keruntuhan rumah tangga dan peninggalan unsur kerohanian dan agama , memang diakui sebagai faktor utama kepada penglibatan penggunaan dadah di kalangan pelajar dan remaja. Justeru itu, penglibatan ibubapa melalui SARANA IBUBAPA di dalam program ini amat bersesuaian dan berkesan
No comments:
Post a Comment