SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, February 27, 2015

ceramah 'LETS GO' DI COSMOPOINT COLLEGE, SEREMBAN - 5 NOVEMBER 2014

Menyampaikan ceramah tentang pengurusan organisasi kepada Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Cosmopoint, Seremban . Ia juga adalah sebagai memenuhi undangan 'boss' kolej , Encik Mohad. Hafis Shukor. Terjumpalah pula bekas anak murid saya di SMKTTJ, Norhaziqah yang telah menjadi Setiausaha majlis Perwakilan Pelajar di situ. Saya pun tumpang bangga . Ada juga anak murid saya yang menjadi orang hebat dan dapat menyumbang sesuatu kepada organisasi  yang diwakilinya. Kepimpinan beliau sebenarnya memang telah terserlah semasa di sekolah lagi. Cuma mungkin  disebabkan pelajar yang terlalu ramai, sukarlah juga untuk bersaing!. Namun , apabila berada di kolej dengan bilangan pelajar yang tidak begitu ramai, maka,  kepimpinan beliau terserlah.  Seingat saya di sekolah dahulu , beliau merupakan ketua tingkatan, ketua platon KRS dan pelbagai lagi bidang dan acara yang diceburinya. Alhamdulillah , bakat dan ilmu itu dapat digunakan semasa belajar di kolej ini.

Berbalik kepada ceramah saya ini, saya mengambil pendekatan mengurus organiasasi sebagai menjadi seorang pengadil bolasepak di dalam padang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...