SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, February 27, 2015

Lawatan Benchmark Sarana UNESCO dan BHUTAN MINISTRY OF EDUCATION ke SMKTTJ.; pada hari ini, 30 Sept 2014, jam 2.30 petang.
Semua urusan lawatan dan persiapan diuruskan oleh ibu2 Sarana yang hebat ini. Taklimat Sarana telah dijalankan oleh Pn. Hjh. Siti Amrah Maulud, pengerusi Sarana Smkttj.
Tujuan lawatan adalah untuk melihat perlaksanaan Sarana di SMKTTJ dan kejayaan yang dicapai. Perkongsian pèngalaman secara terus bersama ibu2 Sarana ini.
Tahniah!..Ini adalah lawatan pihak luar negara yang kedua datang ke SMKTTJ selepas Indonesia , Julai 2014 yang lalu.

Kehadiran romnbongan ini memanglah sesuatu yang amat dibanggakan. Sebagai warga SMKTTJ, pemilihan sekolah sebagai salah satu destinasi lawatan rombongan ini ke Malaysia, menunjukkan kecemerlangan yang ada di sekolah ini dan keistimewaan yang ingin dipelajari dan dikongsikan oleh dunia luar.

Ternyata, setiap ahli rombongan amat teruja dengan apa yang mereka lihat, terutamanya penglibatan ibubapa secara sepenuhnya mengendalikan majlis dan menguruskan sessi lawatan ini daripada awal hingga akhir. Ternyata situasi begini amat jarang dapat dilihat di tempat mereka dan keindahan bilik darjah dengan dekorasi indah dan bahan-bahan pembelajaran yang pelbagai hasil kreativiti dan inovasi para guru, ibubapa dan anak-anak pelajar.

Kami berharap agar ada sesuatu yang bernilai dan berharga yang dapat dipelajari oleh setiap ahli rombongan ini yang bakal mereka laksanakan sekembalinya mereka ke tabnahair mereka.

Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Pendididkan Malaysia, khususnya Dr. Hayati Ismail daripada PADU yang memberikan peluang untuk kami berkongsi idea dan pengalaman indah di SMKTTJ ini bersama warga Kementerian pendidikan Bhutan dan pihak UNESCO juga.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...