SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, February 27, 2015

JAMUAN AKHIR TAHUN SMKTTJ DI PALMA HOTEL, SEREMBAN- 1 NOVEMBER 2014

Sekitar Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru dan Staf SMKTTJ 2014 DI Palma Hotel , Seremban pada 1 Nov 2014. Suasana yang meriah dan gembira. Masing2 terhibur dengan persembahan dan cabutan bertuah yang banyak. Turut diserikan dengan kehadiran ibubapa Sarana yang ramai. Persembahan karaoke oleh guru, staf dan ibu2 Sarana yang hebat. Dengan tema colour block , suasana amat ceria dan hebat.

Seperti biasa, sebagai sebuah sekolah yang menjadi model perlaksanaan Sarana di peringkat Kebangsaan, majlis Jamuan Akhir Tahun ini juga sentiasa melibatkan sama ibubapa dan komuniti sekolah ini. Seramai lebih daripada 10 orang ibubapa yang turut hadir sama meraikan acara tahunan ini.  Melalui acara sebegini, secara tidak langsung, akan dapat mengeratkan hubungan antara sekolah dan komuniti, khususnya para ibubapa. Melalui hubungan sebegini juga akan memudahkan kefahaman masyarakat luar khususnya ibubapa akan tugas dan tanggungjawab yang telah dijalankan oleh para guru demi memastikan kejayaan anak-anak mereka.

Acara meriah ini tamat sekitar jam 11 malam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...