SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, February 27, 2015

Selamat Bersara Puan Jamaliah Rahmat , Pembantu Tadbir N22, 18 Oktober 2014


Kata orang, " Bersara Itu Benar!"

Pada hari ini 18 Oktober 2014, sampailah masanya buat Pembantu Tadbir, Puan Jamaliah Rahmat meninggalkan dunia perkhidmatan awam dan menjadi orang biasa setelah berkhidmat lebih daripada 35 tahun.

Puan Jamaliah Rahmat ini tidaklah begitu rapat dengan saya . Perwatakannya yang pendiam dan jarang berurusan dengan saya ( menjaga bahagian perkhidmatan), membuatkan kami  jarang berbual dan berseloroh. Cuma apabila beliau pencen dan diraikan inilah masanya , kami dapat duduk bersama dan berseloroh sedikit. Namun beliau seperti biasa  tetap dengan sikapnya yang sukar ketawa dan sukar untuk bergurau!

Apapun, saya dan seluruh warga SMKTTJ mengucapkan selamat bersara kepada beliau semoga sentiasa sihat dan diberkati usianya dan berbahagian di samping keluarga.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...