SLOGAN KECEMERLANGAN 2017

Friday, February 27, 2015

PROGRAM JALINAN KASIH PPKI SMKTTJ 2014- PORT DICKSON

 Program Jalinana Kasih PPKI ini adalah merupakan acara tahunan dan kemuncak kepada segala aktiviti yang dirancang oleh unit Pendidikan Khas SMKTTJ .

Program yang dijalankan di sebuah resort di Port Dickson ini melibatkan ibubapa, guru dan para pelajar. Mereka semua di tempatkan di resort ini
 sejak daripada hari sabtu dan ahad.

Perasmian program yang dijalankan pada malam  hai Sabtu disempurnakan oleh YDP PIBG, Dato Muhamad Nordin. Saya hanya sempat sampai di resort berkenaan selepas jam 11 malam terus daripada Pekan, Pahang kerana menghadiri Forum Sarana, anjuran PPD Pekan., Pahang.

Pelbagai acara diaturkan terutamanya yang melibatkan ibubapa mereka dan para guru. Untuk tambah menceriakan lagi majlis, Saudara Eby Yus telah sudi untuk bersama-sama para pelajar dan mengendalikan juga acara telematch . Ternyata kehadiran beliau menambahkan kekuatan semangat kepada para pelajar ini.
Beliau juga begitu sporting dan tidak kekok untuk bersama-sama dengan para pelajar ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...